Tahap kebolehpasaran pelatih Ascot Academy 95 peratus
KOTA KINABALU: Program pengajian yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan antara faktor membolehkan 95 peratus pelatih Kolej Kemahiran Ascot (Ascot Academy) memperoleh pekerjaan selepas tamat latihan.
Pengurus Pusat Bertauliah merangkap Ketua Program Ascot Academy Steve Benedict berkata kebolehpasaran pelatih itu berikutan adanya latihan praktikal dan kerjasama baik antara rakan industri dengan kolej itu.
“Kami akan memastikan penempatan pekerjaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pelatih menamatkan latihan.
“Dengan itu, pelatih dapat membantu keluarga mereka. Di samping itu, mereka mampu membayar balik pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap Dua serta Operasi Khidmat Tetamu Tahap Tiga, di sini pada Khamis.
Beliau berkata kebanyakan pelatih yang menerima sijil itu sudah bekerja di hotel dan restoran terkemuka di Sabah dan juga Semenanjung Malaysia.
Steve juga mengingatkan pelatih supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan penuh amanah dan
(duduk-lima kanan) bersama barisan tenaga pengurusan dan pelatih Ascot Academy dan pelatih yang menerima sijil dalam majlis berkenaan.
tanggungjawab.
“Pelatih juga perlu menghindarkan diri daripada sebarang perbuatan tidak bermoralsepertiterjebakdengan rasuah, penipuan dan maksiat. Perbuatan yang buruk sebegitu hanya akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri,” katanya.
Menurutnya, Ascot bukan hanya sekadar memberi latihan kemahiran sebaliknya, mereka turut menitikberatkan soal bakat kepimpinan dalam diri pelatih.
“Kami mahu pelatih di sini sentiasa memperlihatkan daya kepimpinan dan semangat juang yang tinggi. Ia kerana selepas menamatkan latihan, mereka akan melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran di mana kejayaan ditentukan oleh kemampuan mereka dan daya kepimpinan masing-masing,” jelasnya.