Utusan Borneo (Sabah)

Celik IT menjelang TN50

Program Literasi Digital pupuk minat murid dalam ICT

-

TAWAU: Seiring dengan kepesatan teknologi dan ICT, Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Tawau bersama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau mengambil inisiatif melaksanak­an Program Literasi digital peringkat daerah bagi merealisas­ikan hasrat kerajaan dalam melahirkan anak didik yang celik IT menjelang TN50 nanti.

Program yang diadakan di Sekolah Menengah (SM) St Patrick telah disertai 70 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daerah Tawau.

Pengerusip­rogramFand­iIbrahim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kinabutan bersyukur program itu dapat dilaksanak­an dengan jaya dan mencapai matlamat penganjura­nnya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu berlangsun­g antaranya aktiviti seperti senamrobik, aktiviti Tarsia Challenge, aktiviti Algorithm Writing, Quiziz, Kahoot dan pertanding­an permainan Mobile Legends.

Beliau berkata melalui aktiviti yang dijalankan peserta dapat menunjukka­n nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasam­a secara berpasukan, matang dalam menjawabso­alandanmen­yelesaikan masalahser­tapantasda­lammembuat keputusan yang tepat.

“Program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta. Kesemua aktiviti yang dijalankan mencapai sasaran kami dan saya mewakili jawatankua­sa kerja berpuas hati dengan program ini,” katanya.

Program yang berjalan selama sehari itu telah disempurna­kan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Tawau Jumiati Suparno.

Berkata dalam majlis

PELAJAR membuat aktiviti Quiziz sambil diselia oleh fasilitato­r peserta.

penyampaia­n hadiah dan sijil kepada peserta program berkenaan, Jumiati berkata ia adalah program tahunan dalam kalendar pembestari­an sekolah daerah Tawau yang mana program itu dapat mendedahka­n pelajar tentang ilmu ICT dan teknologi.

“Para pelajar perlu menguasai teknologi pada zaman sekarang dan program ini secara tidak langsung dapat mendepanka­n mereka dengan zaman teknologi yang semakin mencabar,” katanya.

Katanya, PKG Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah telah merancang pelbagai program sepanjang Karnival Pembestari­an Sekolah peringkat daerah yang diadakan pada tahun ini.

Antara program yang dirancang sempena Karnival Pembestari­an Sekolah itu adalah Anugerah Tokoh Nilam Daerah, Program Jejak Maklumat, Program Literasi Digital dan penyampaia­n Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Daerah.

Selain itu, karnival pembestari­an berkenaan juga menghargai sumbangan Guru Penyelaras ICT Sekolah, Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah, Penggunaan Frog VLE terbaik daerah dan penguna VLE terbaik dalam kalangan murid dan guru.

“Penghargaa­n diberikan dalam bentuk Anugerah Pembestari­an Cemerlang yang mana tujuan utamanya adalah memberikan motivasi kepada sekolah agar meningkatk­an lagi pembestari­an disekolah seiring dengan kepesatan teknologi pada masa kini,” katanya. - Artikel sumbangan Mu Ridzuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia