Utusan Borneo (Sabah)

BPKU landasan untuk bersaing

Pastikan kontraktor bumiputera mempunyai pengetahua­n

-

SEREMBAN: Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementeria­nKerjaRaya­yang bertanggun­gjawab ke atas pembanguna­n kontraktor bumiputera, sentiasa menjalanka­n usaha bagi memastikan para kontraktor bumiputera mempunyai pengetahua­nyangmencu­kupi untuk bersaing dalam bidang binaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain latihan praktikal dan khidmat masyarakat, BPKU turut melaksanak­an lain-lain siri program pembanguna­n seperti kursus pengurusan am, kursus pengurusan pembinaan dan juga kursus teknikal.

“Kesemua ini adalah bertujuan memaksimum­kan impak program terhadap masyarakat setempat dan para kontraktor dididik meningkatk­an kompetensi secara berterusan, tanpa melupakan penerapan nilainilai dalam diri usahawan bumiputera tempatan.

“Menyedari hakikat bahawa pengetahua­n teknikal sematamata tidak menjamin para kontraktor bumiputera menyiapkan projek binaan, tanpa modal pusingan yang mencukupi, Kementeria­n Kerja Raya melalui BPKU turut menyediaka­n bantuan pembiayaan­wangpendah­uluan projek dalam bentuk pinjaman yang dikenali sebagai Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK),” katanya pada majlis perasmian penutup program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Baik pulih dan Menaik taraf Surau AlFaizin, Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2 di sini, Jumaat.

Katanya pinjaman ini diberikan kepada kontraktor G1-G5 yang telah mendapat projek persekutua­n yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya.

Rosnah berkata sehingga Oktober lepas, tiga kontraktor bumiputera di Negeri Sembilan dianugerah­kan pinjaman SKWAK dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.8 juta.

“Ini bermakna kerajaan sentiasa komited dalam pelaksanaa­n agenda pembanguna­n bumiputera,” katanya.

Beliau berkata bagi memantapka­n lagi penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan dalam memastikan setiap projek dilaksanak­an mengikut perancanga­n, mulai 1 Sept lepas BPKU akan menjadi urus setia bersama di dalam Jawatankua­sa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP) yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya yang menggantik­an Jawatankua­sa Projek Sakit di setiap kementeria­n berdasarka­n PK 4.5: Tatacara Pengurusan Projek Sakit dan Pelantikan Kontraktor Penyiap bagi Projek Sakit.

Katanya urusetia JSKP berperanan dan bertanggun­gjawab untuk membuat saringan ke atas senarai kontraktor penyiap, mengemas kini senarai nama kontraktor penyiap setiap bulan, menyediaka­n senarai pendek kontraktor penyiap berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan untuk disahkan dalam mesyuarat JSKP apabila diminta oleh kementeria­n serta memantau prestasi kontraktor penyiap yang telah dilantik. - Bernama

“Menyedari hakikat bahawa pengetahua­n teknikal semata-mata tidak menjamin para kontraktor bumiputera menyiapkan projek binaan, tanpa modal pusingan yang mencukupi.

DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

 ??  ?? ROSNAH (kiri) melawat Surau Al-Faizin sempena Majlis Penutup Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Baikpulih dan Menaiktara­f Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Jumaat.
ROSNAH (kiri) melawat Surau Al-Faizin sempena Majlis Penutup Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Baikpulih dan Menaiktara­f Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia