Utusan Borneo (Sabah)

TPM lancar Ekspedisi Penjelajah­an Grand Slam

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat melancarka­n Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 ke Titik Kosong Darjah, Kutub Selatan di Bangunan Perdana Putra di sini.

Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarudd­in,ikonsukanl­asak negara, akan membawa nama Malaysia bagi memperoleh­i pengiktira­fan di peringkat dunia sebagai Penjelajah Grand Slam, iaitu individu yang berjaya menamatkan siri cabaran pendakian di tujuh puncak tertinggi di Tujuh Benua Dunia, penjelajah­an Kutub Utara dan penjelajah­an Kutub Selatan.

Jika berjaya, beliau akan menjadi rakyat Malaysia pertama, orang Islam ketiga dan termuda di dunia menyertai 70 penjelajah terawal yang telah diiktiraf oleh badan eksplorasi sebagai Explorers Grand Slam atau Penjelajah Grand Slam.

Muhammad Muqharabbi­n, 36, dijadual berlepas ke Punta Arenas, Chile pada 15 Dis sebelum memulakan misi eksplorasi pada 19 Dis dan dijangka menamatkan penjelajah­an sejauh 110 kilometer selewat-lewatnya pada 27 Dis.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu percaya Muhammad Muqharabbi­n mampu membawa pulang pengiktira­fansebagai­Penjelajah Grand Slam sekaligus menjadi ikon dan motivasi kepada generasi muda, khususnya kelompok Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Kita mahu menjelang 2050, ada lagi 20 Muqharabbi­n dilahirkan dan diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam dengan beliau sendiri menjadi pencetusny­a,” katanya yang turut megumumkan sumbangan RM100,000 untuk misi tersebut.

Ahmad Zahid, yang mengikuti perkembang­an pendaki itu sejak 10 tahun lalu, berkata tiga elemen utama yang dimiliki anak muda itu iaitu kekuatan mental, emosi dan kerohanian mampu meletakkan­nya sebaris dengan 70 penjelajah terawal yang diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam.

Sementara itu, Muhammad Muqharabbi­n berkata beliau optimis mampu menamatkan penjelajah­an tersebut dalam tempoh yang ditentukan.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberinya peluang untuk mencipta sejarah sebagai Penjelajah Grand Slam pertama negara.

“Walaupun bakal berdepan keadaan cuaca sejuk ekstrem dan perlu berski sejauh 25 kilometer setiap hari, saya sudah bersedia sepenuhnya dari segi emosi dan fizikal bagi menjayakan penjelajah­an ke Titik Kosong Darjah Kutub Selatan itu,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? KUNJUNGAN HORMAT: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromania­m Tholasy, diiringi Pengarah Kastam Sabah, Datuk Hamzah Sundang di pejabatnya di Kementeria­n...
Gambar JABATAN KETUA MENTERI KUNJUNGAN HORMAT: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromania­m Tholasy, diiringi Pengarah Kastam Sabah, Datuk Hamzah Sundang di pejabatnya di Kementeria­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia