Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan pendidikan anak dari peringkat sekolah rendah

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Ibu bapa perlu mengutamak­an pendidikan anak-anak bermula dari peringkat sekolah rendah dalam menentukan hala tuju pendidikan seseorang pelajar.

Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri berkata, jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlangd­iperingkat­sekolah rendah maka kecemerlan­gan itu akan terus dikecapi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru katanya, ibu bapa perlu sentiasa memantau atau mengambil tahu tentang perkembang­an pembelajar­an anak mereka.

“Kecemerlan­gan pendidikan perlu disemai dari peringkat awal lagi iaitu di peringkat skeolah rendah.

“Kesedaran untuk mencapai kecemerlan­gan pendidikan adalah jalan terbaik untuk mengubah pembanguna­n modal insan di luar bandar dengan lebih cepat,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Samad yang juga Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Beluran berkata para guru di sekolah rendah perlu terus memperting­kat komitmen untuk mendidik pelajar masing-masing kerana kecemerlan­gan seseorang pelajar itu datang daripada guru yang mendidik.

Dalam pada itu, beliau berkata pendidikan penting kerana dapat mengembang­kan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadi­an mulia serta keimanan manusia.

Katanya, pendidikan juga dapat membangunk­an aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau berkata dengan kata lain pendidikan berfungsi untuk pembanguna­n insan dan seterusnya membawa kepada pembanguna­n negara.

“Melalui pendidikan seseorang itu akan membangunk­an dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya membangunk­an keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Menurutnya pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama serta yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

 ??  ?? SAMAD menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid cemerlang pada majlis itu.
SAMAD menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid cemerlang pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia