Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diminta bantu guru

Demi meningkatk­an kualiti pembelajar­an anak

-

KOTAMARUDU:Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Wetrom @ Mohd. Fikri Bahanda menyeru kepada ibubapa dan guru agar terus bekerjasam­a, bersatu padu meningkatk­an kualiti pembelajar­an anak.

Katanya, pendidikan anak dari peringkat bawahan amat memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama ibu bapa dan guru demi kejayaan cemerlang dalam akademik.

Menurutnya, anak kecil merupakan khazanah sumber manusia yang cukup penting kepada pembanguna­n dan masa depan bangsa dan negara.

Katanya, ilmu yang baik akan membangunk­an generasi berketramp­ilan, bersahsiah mulia dan berilmu.

Justeru, pendidik banyak memiliki kemahiran dalam bidang pembelajar­an untuk dibekalkan kepada anak didik mereka dan semestinya ibubapa merasa amat berbangga atas kejayaan anak mereka bermula dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat tertinggi.

Tambahnya, ibubapa memainkan peranan penting terhadap anak-anak ketika berada di rumah dalam memantau pembelajar­an anak mereka serta mengelak daripada menyertai pergaulan bebas yang mengundang gejala buruk.

“Sayamenyer­uagaribuba­pa dan murid memberikan kerjasama yang padu terhadap guru mereka dalam memperkasa­kan bidang pembelajar­an dari masa ke semasa,” katanya.

Wetrom yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Marudu berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Prasekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Kota Marudu 2017 di Dewan Komuniti, di sini Jumaat.

Lebih 500 murid prasekolah dari SK. Sunsui, Popok,

“Pendidikan anak dari peringkat bawahan amat memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama ibu bapa dan guru demi kejayaan cemerlang dalam akademik. ” DATUK WETROM @ MOHD. FIKRI BAHANDA Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)

Timbang Batu, SK. Ranau, Tumunda Salimandut, Kota Marudu II, SK. Gana, Tandek, Panaitan, Tagaroh, Ongkilan, Tanjung Batu, Taritipan, Masalog, Mangin, Bintasan, Lampada, Simpangan, Koromoko, Talantang, Langkon dan SK. Tigaman menerima sijil tamat prasekolah dan akan menduduki Tahun 1 2018 di sekolah masing-masing.

Wetrom juga menyumbang sebanyak RM5,000 untuk Majlis Prasekolah Daerah Kota Marudu.

Hadir sama, Guru Besar SK Kota Marudu II merangkap pengerusi penganjur Abdul Rahman Haji Odis, Guru BesarSK.Tagarohmer­angkap timbalan pengerusi penganjur Hajjah Adiah Mustapha, Guru Besar Guru Besar sekolah kebangsaan di daerah Kota Marudu, dan Setiausaha Umno Bahagian Emran Maidin mengetuai Badan NGO Kota Marudu.

 ??  ?? WETROM melakukan paluan gong bagi merasmikan program itu, sambil disaksikan oleh Abdul Rahman (kiri) dan yang lain.
WETROM melakukan paluan gong bagi merasmikan program itu, sambil disaksikan oleh Abdul Rahman (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia