Utusan Borneo (Sabah)

68 peratus bekas tentera dapat pekerjaan selepas kursus dengan Perhebat

-

BUTTERWORT­H: Lebih 68 peratus daripada 1,800 bekas tentera yang mengikuti kursus persedian persaraan yang diperkenal­kan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) setiap tahun berjaya mendapat pekerjaan.

Pengerusi Perhebat Lt Jen (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim berkata manakala selebihnya menjalanka­n perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan mereka selepas menamatkan perkhidmat­an awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka bersara pada usia masih muda dan produktif, kursus itu satu persediaan supaya mereka dapat menceburka­n diri dalam bidang yang mereka minat dan boleh dibuat dalam tempoh persaraan.

Setakatini,220,000anggota­yangmenama­tkan perkhidmat­an awal atau bersara telah mengikuti kursus itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Perhebat dan Alion Nation Solution Sdn Bhd.

Menerusi MoU itu, Alion Nation Solution akan menawarkan latihan sambil kerja dan latihan industri kepada bakal pesara ATM serta menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka.

Alion Nation Solution, sebuah syarikat pengeluar diod pemancar cahaya (LED), diwakili oleh Pengarah Urusannya Tan Chin Kong manakala Perhebat oleh Abdul Aziz dan majlis MoU itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertahanan Datuk Halimi Abdul Manaf.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata sehingga kini sebanyak 60 kursus jangka pendek iaitu antara tiga hingga 18 bulan ditawarkan di Perhebat dan semua kursus itu memenuhi keperluan pasaran kerja serta kehendak industri.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia