Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pelancong terawal ditemukan

Di perairan Pulau Semarang, kata saksi

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Tiga pelancong China terawal yang berjaya diselamatk­an dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Megalum, menangis dalam keadaan teresak-esak semasa ditemukan seorang nelayan.

Saksi ke-23 Larahe Lakule, 39, menyatakan demikian di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, semasa menceritak­an keadaan pada hari kejadian.

Menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Mirchelle Sambatan, beliau menemukan pelancong-pelancong berkenaan pada 27 Januari kira-kira jam 5 petang, di perairan Pulau Semarang dekat Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pada waktu itu kami masih memukat, tiba-tiba kami melihat tangan melambaila­mbai. Ada nelayan lain beritahu di radio ada bot karam.

“Apabila kapal semakin dekat dengan kedudukan mereka, seorang rakan kami terjun ke dalam laut membawa tali, lalu mengikat pelampung dan tarik ke kapal,” katanya.

Menurutnya, mereka menaikkan ketiga-tiga pelancong berkenaan ke atas kapal, dua daripada mereka menggunaka­n pelampung dan seorang memakai jaket keselamata­n.

“Tangan mereka masih boleh bergerak, tetapi kaki mereka sudah kejang... mereka menangis.

“Mungkin mereka cuba memberitah­u masih ada rakan-rakan yang lain, tetapi kami tidak faham kerana masalah bahasa. Mereka berulang kali mengatakan Xie-xie (terima kasih),” katanya.

Beliau kemudianny­a memberikan air minuman kepada tiga pelancong terbabit dan memberitah­u rakannya, kemungkina­n masih ada lagi mangsa yang lain.

Mereka memutuskan untuk terus mencari, dalam beberapa minit mereka menemukan 18 lagi pelancong.

“Saya lihat sudah hampir jam 5 petang dan beritahu dengan enam rakan saya naikkan pukat dahulu,” katanya.

Setelah kapal berkenaan hampir dengan pelancongp­elancong terbabit, beliau dan rakan-rakannya terjun ke dalam laut untuk membantu menaikkan mereka ke atas kapal.

Katanya hampir semua mangsa kelihatan lemah, cedera dan menangis, namun seorang lagi terpisah daripada kumpulan terbabit.

“Sekali lagi kami melakukan pencarian, akhirnya kami menemukan seorang lagi tetapi sudah lemas. Tetapi disebabkan hampir malam, kami bergerak ke tanah besar,” katanya.

Menjawap soalan Nartiah, beliau menyatakan seramai 23 pelancong dinaikkan di atas kapal, tetapi dua lelaki dan seorang wanita lemas.

Menurutnya, daripada 20 pelancong berkenaan hanya seorang yang tidak memakai jaket keselamata­n.

Sebelum tiba di tanah besar, beliau memberitah­u kapal-kapal nelayan yang lain melalui radio, kemungkina­n mereka sudah menemukan pelancong-pelancong berkenaan.

Perbicaraa­n akan disambung pada 8 hingga 12 Januari tahun hadapan, 12 saksi dijangka dipanggil memberikan keterangan.

Mengikut pertuduhan Leong Vin Jee, 44, Chung Ket Siew, 64, dan Sharezza Salian, 26, didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza sebagai juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn.Bhd, masing-masing didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti di dalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 PeraturanP­eraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada Leong mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta krew di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Peguam Hamid Ismail dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir Japiril dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala Leong dan Chung diwakili peguam Edward Paul dan Alffie Jonney.

 ??  ?? LARAHE
LARAHE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia