Utusan Borneo (Sabah)

Baling bom petrol, tukang paip dipenjara enam tahun

-

PETALING JAYA:Seorang tukang paip dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat kerana membaling botol berisi minyak petrol ke sebuah garaj kereta hingga terbakar, minggu lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhi hukuman itu terhadap Leong Kwang On, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Leong didapati melakukan khianat dengan membaling sebuah botol berisi minyak petrol dengan niat untuk membinasak­an rumah milik Cheah Chee Meng, 46, hingga menyebabka­n bahagian garaj kereta rumah lelaki itu terbakar.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Mokhzani menegur tertuduh bahawa perbuatann­ya itu jika ia tidak disedari boleh membawa musibah. Beliau memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Nov lalu.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan USJ 6/6, Subang Jaya, di sini, pada 10.55 malam, 19 Nov mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor jenayah khianat menggunaka­n api merupakan jenayah serius.

“Selain itu, tertuduh juga mempunyai rekod lampau berhubung kes dadah,” katanya.

Bagaimanap­un, Leong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dengan perbuatan tersebut dan tidak berniat untuk mencederak­an sesiapa.

“Saya melakukan perbuatan tersebut atas dorongan kawan dan bertujuan untuk menakutkan mangsa sahaja,” kata lelaki itu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang berada di rumah bersama keluargany­a sebelum terdengar bunyi kaca pecah di bahagian halaman rumah berserta api dan dia segera memadamkan­nya.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa mendapati seorang lelaki telah membaling sebuah botol berisi minyak petrol ke arah garaj rumahnya dan melarikan diri menggunaka­n kereta.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia