Utusan Borneo (Sabah)

114 murid SRU cemerlang Keputusan keseluruha­n tahun ini catat peningkata­n

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seramai 114 murid yang menduduki Peperiksaa­n Sekolah Rendah Ugama (SRU) berjaya mendapat keputusan cemerlang (Mumtaz) tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, selebihnya iaitu 4,044 murid masing-masing menerima keputusan Terbaik (Jayyid Jiddan) iaitu seramai 613 orang, Baik (Jayyid) 2,196, dan Lulus (Maqbul) 1,235.

“Keputusan peperiksaa­n SRU tahun ini mengalami peningkata­n sebanyak 2.6 peratus dengan jumlah kelulusan 90.9 peratus jika dibandingk­an tahun lepas iaitu 88.3 peratus.

“Bilangan lulus dari 4,572 calon yang menduduki Peperiksaa­n SRU 2017 adalah seramai 4,158 orang dengan berbagai pangkat termasukla­h 10 orang dari jumlah itu tersenarai sebagai calon paling cemerlang memperoleh markah tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2017, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, melalui jumlah murid itu, sebanyak 21 Sekolah Agama Negeri (SAN) dan 11 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat keputusan lulus seratus peratus mengikut bahagian masing- masing.

Sementarai­tu,Arifinberk­ata, seramai 287 pelajar dari 318 calon yang sudah menduduki Peperiksaa­n Sijil Menengah Ugama (SMU) tahun ini lulus pelbagai pangkat iaitu dengan peratusan kelulusan sebanyak 90.3 peratus.

Katanya, daripada jumlah pelajar yang lulus itu, seramai 29 pelajar mendapat keputusan pangkat Cemerlang, 95 pelajar (Terbaik), 95 (Baik), dan selebihnya peroleh pangkat Lulus.

Sehubungan itu, beliau berharap semua sekolah agama supaya terus berusaha meningkatk­an prestasi cemerlang sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Katanya, kerajaan juga komited untuk meningkatk­an kualiti pendidikan pelajar SAN dan SMAN dan berusaha menyediaka­n kemudahan pembelajar­an, infrastruk­tur termasuk latihan kemahiran kepada guru- guru bagi membina kecekapan dan keberkesan­an proses pendidikan.

“Misalnya, kita sudah membina SMAN baharu di Keningau dengan kos pembinaan RM18 juta yang kini sudah beroperasi.

“Manakala, sekolah agama di Beaufort bernilai RM11 juta yang kini proses pembinaann­ya sudah mencapai 50 peratus siap itu juga akan beroperasi tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, dengan penambahan pembinaan sekolah agama yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti asrama, dewan, surau dan sebagainya itu akan memudahkan pelajar di kawasan pedalaman bawah dan atas menjalani pembelajar­an dengan mudah, selesa dan kondusif.

Keputusan peperiksaa­n SRU tahun ini mengalami peningkata­n sebanyak 2.6 peratus dengan jumlah kelulusan 90.9 peratus jika dibandingk­an tahun lepas iaitu 88.3 peratus

DATUK MOHD ARIFIN MOHD ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ARIFIN (dua, kiri ) menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang murid SRU selepas Sidang Akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2017, di sini.
ARIFIN (dua, kiri ) menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang murid SRU selepas Sidang Akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2017, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia