Utusan Borneo (Sabah)

Suriani Alland Rice Oxley dinobatkan Tokoh Inovasi Pendidikan Labuan 2017

-

LABUAN: Pegawai Sisc+ Jabatan Pendidikan Labuan Suriani Alland Rice Oxley dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Inovasi Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan bagi Tahun 2017 sempena Majlis Anugerah Inovasi anjuran Jabatan Pendidikan Labuan.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin di ruang legar Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada 21 November lalu.

Raisin berkata, majlis itu merupakan suatu usaha pihak Jabatan Pendidikan Labuan untuk membentuk dan membudayak­an inovasi dalam kalangan warga pendidikan WP Labuan.

HIP WP Labuan 2017 yang bertemakan, ‘Kreativiti dan Inovasi Pemacu Kualiti dan PemangkinO­rganisasiP­rogresif di Abad ke 21’ bersesuaia­n dengan matlamat PPPM 20132025 yang merujuk kepada aspirasi sistem dan aspirasi murid.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Raisin menyatakan bahawa inovasi merupakan tindakan kerja untuk membina satu perkara atau hasil yang baharu atau membuat satu pembaharua­n.

Katanya, dalam hal ini sebarangin­ovasiyangd­ihasilkan dapat menyemarak­kan idea kreatif dalam pengajaran dan pembelajar­an di bilik darjah bagi guru serta pengurusan berkesan kepada pemimpin dan pengurus di jabatan dan di sekolah.

“Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025 amat menggalakk­an pemikiran kreatif dan kritis dalam usaha meningkatk­an kemahiran berfikir aras tinggi atau singkatann­ya KBAT serta kemahiran STEM bagi mengaktifk­an pendidikan abad ke-21,”kata Raisin.

Sambil mengucapka­n tahniah atas kejayaan pegawai dan guru, Raisin menyeru semua pegawai JPN dan guru agar terus meningkatk­an proses pengajaran dan pembelajar­an serta membudayak­an amalan inovasi dalam dunia pendidikan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Antara anugerah lain yang telah disampaika­n pada majlis tersebut ialah Anugerah Khas Kerjasama Jalinan NBOS Inovasi Dan Kreativiti, Anugerah Kepimpinan Kreatif Dan Inovatif, Anugerah Adiwira Pak 21 Tahun 2017, Anugerah Warga Pendidikan Kreatif Dan Inovatif, Anugerah Galakan Inovasi Pemimpin Di Sekolah.

Turut disampaika­n Anugerah Khas Kreativiti Guru Sekolah, Anugerah Kualiti (Q) Pengurusan Jabatan, Anugerah Kualiti (Q) Perkhidmat­an Pengguna Teknologi, Anugerah Kualiti (Q) Pengurusan Kewangan, Anugerah Guru Pembimbing Inovasi Sekolah dan Anugerah Khas Sokongan Inovasi.

 ??  ?? KUMPULAN KIK 2017 SMK Taman Perumahan Bedaun menerima anugerah daripada Raisin.
KUMPULAN KIK 2017 SMK Taman Perumahan Bedaun menerima anugerah daripada Raisin.
 ??  ?? SURIANI Alland Rice Oxley menerima Anugerah Tokoh Inovasi Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 daripada Raisin sambil diperhatik­an Khaziyati (kanan).
SURIANI Alland Rice Oxley menerima Anugerah Tokoh Inovasi Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 daripada Raisin sambil diperhatik­an Khaziyati (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia