Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti pemain memuaskan Pemilihan Pemain Piala Presiden, Piala Belia 2018

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pemain Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan Piala Belia (bawah 19 tahun) Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Benedict Asmat berpuas hati dengan kualiti pemain pada fasa pertama ujian pemilihan.

Kira-kira 160 pemain menjalani ujian pemilihan yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada 22-24 November itu dan dinilai panel pemilih yang dianggotai jurulatih-jurulatih Safa diketuai Justin Ganai.

“Ada ramai yang berkualiti tetapi sayangnya tempat adalah terhad kerana kita cari pemain untuk dua pasukan sahaja dan harus diingat bahawa kita masih ada pemain sedia ada dalam kedua-dua pasukan itu (Piala Presiden dan Piala Belia).

“Apapun kami akan cuba beri pemain-pemain berkualiti ini peluang semaksima mungkin menunjukka­n kemampuan mereka pada fasa kedua ujian pemilihan,” kata Benedict ketika ditemui selepas ujian pemilihan selesai di Stadium Likas pada Jumaat.

Beliau berkata, barisan panel pemilih akan duduk bersama membuat penelitian semula sebelum memutuskan senarai pemain yang berjaya ke fasa kedua pemilihan yang dijadualka­n diadakan di venue sama pada 28-30 November.

“Pemain yang tersenarai ke fasa dua ujian pemilihan akan diumumkan dalam satu atau dua hari ini.

“Pemain yang berjaya melepasi fasa pertama akan bersaing dengan pemain sedia ada pada fasa dua nanti. Saya fikir ianya persaingan sengit tetapi ini adalah sesuatu yang baik dalam persiapan kita membentuk dua pasukan muda Sabah musim depan,” katanya.

Seramai 32 pemain sedia ada skuad Piala Presiden yang terdiri daripada 15 pemain Piala Presiden 2017 dan 17 pemain Piala Belia 2017 yang telah melebihi usia (tidak boleh bermain untuk Piala Belia 2018 lagi) manakala pemain sedia ada skuad Piala Belia masih ada 11 orang.

Lima belas pemain sedia ada Piala Presiden terdiri daripada Ranilson Batuil, Stanley Sulong, Mohd Radzi Saad, Hamran Peter, Fazile Jamileh, Eddey Ladius, Mohd Azmizan Rosli, Muhammad Zaki Sapri, Sullan Elvis Noh, Mohd Danishaizz Annuar,

Mohd Jaylanie Kamaruddin, Yuseddy Yusiman dan Abdul Raihan Rajum.

Pemain dari skuad Piala Belia yang telah melebihi umur dan akan diuji untuk skuad Piala Presiden terdiri daripada Junloyck Pini Andawat, Kelvin Pengiran, Prosper George, Evan Wensley Wenceslaus, Adi Ali, Mohd Aidil Shahrolmiz­an Asimin, Pican Piok, Mohd Shah Mizie Abdul Rahim, Arius Dius Jais, Shahrul Asnan, Beckham Rico Louisee, Ellend Child Henry, Mohd Suzairee Samail, Fedrick Fadzly Gusmia, Mohd Shariman Mukarim, Mohd Asri Rustam dan Mohd Aidil

Safee.

Pemain sedia ada skuad Piala Belia pula terdiri daripada Joslan Aping, Gerald Gadit, Mohammad Syahmil Nizam Iqbal, Mohd Syukri Baharun, Mohd Aidil Muhimian, Mohammad Amirul Afiq Ali, Syafiq Ichwan Saiman, Muhammad Faqhrurazi Ahmad, Mohd Hizaz Mohd Lokman, Mohd Iqhbal Kassim dan Leonardo Lisua.

“Selain menerusi ujian pemilihan, kami juga akan memantau pemain dari Sukan Sabah (Saga) di Sandakan pada Disember untuk mencari bakat yang boleh diketengah­kan,” kata Benedict.

“Ada ramai yang berkualiti tetapi sayangnya tempat adalah terhad kerana kita cari pemain untuk dua pasukan sahaja dan harus diingat bahawa kita masih ada pemain sedia ada dalam kedua-dua pasukan itu (Piala Presiden dan Piala Belia). BENEDICT ASMAT

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pemain Piala Presiden dan Piala Belia

 ??  ?? BENEDICT bercakap kepada pemain pada sesi akhir fasa pertama ujian pemilihan di Stadium Likas pada Jumaat.
BENEDICT bercakap kepada pemain pada sesi akhir fasa pertama ujian pemilihan di Stadium Likas pada Jumaat.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pemain pada sesi akhir fasa pertama ujian pemilihan.
SEBAHAGIAN daripada pemain pada sesi akhir fasa pertama ujian pemilihan.
 ??  ??
 ??  ?? BENEDICT (berdiri di depan) bersama ahli jawatankua­sa pemilihan Safa dan panel pemilih diketuai Justin (berdiri empat dari kiri).
BENEDICT (berdiri di depan) bersama ahli jawatankua­sa pemilihan Safa dan panel pemilih diketuai Justin (berdiri empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia