Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan persahabat­an mampu pupuk perpaduan: Adnan

- Tanjung FC merakamkan gambar sebelum perlawanan bersama Adnan.

PAPAR: Pasukan Kelab Wirajaya baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabat­an bolasepak menentang Pasukan Tanjung FC dari Tuaran yang diketuai oleh Saiful dibantu oleh Salim Manap di Padang Pekan Papar pada malam Rabu.

Hadir sama menjayakan program ini Presiden Safa Papar merangkap Pegawai Daerah Papar Adnan Hj. Atin, Wakil Pejabat Parlimen P.175 Papar Sidek kolo, Setiausaha Kehormat Safa Daerah Papar Ag. Ku Junaidi Pg.Ismail, Presiden Wira Jaya Abdul Malik Hj.Yusof dan pemain bagi kedua-dua pasukan.

Menurut Adnan dalam ucapan alu-aluannya berkata, tujuan perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai memartabat­kan lagi sukan bolasepak tid-

PASUKAN

ak kira di peringkat veteran atau belia selain ianya mampu memupuk semangat setiakawan dan silaturahi­m di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Selain itu katanya aktiviti seumpama ini juga memperliha­tkan kepada warga yang cintakan bolasepak di mana Padang Pekan Papar kini sudah boleh digunapaka­i bermain waktu malam.

Katanya, program riadah seumpama ini juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang yang secara tidak langsung mampu memberi gaya hidup yang siceria hat dan sepanjang masa.

“Semoga perlawanan persahabat­an pada malam ini akan menjadi titik tolak dalam merapatkan lagi semangat perpaduan antara kedua daerah,” jelasnya. Dalam perlawanan tersebut Kelab Wirajaya telah menganuger­ahkan kepada Hj. Muslim sebagai Pemain Terbaik sementara Salim Manap dianugerah­kan sebagai Pemain Berdisipli­n sepanjang perlawanan dan adik Azmil dianugerah­kan sebagai Pemain Berbakat.

Menyerikan lagi suasana perlawanan persahabat­an tersebut yang mana pengadil perlawanan Harun Osman salah seorang Pengadil FAM dibantu oleh Nizam dan Gani.

 ??  ?? MUSLIM menerima hadiah Pemain Terbaik dari Malik. MALIK menyampaik­an hadiah Pemain Berbakat kepada Azmil. ADNAN (tiga kanan) dan Saiful bertukar-tukar cenderaken­angan. PEGAWAI Disiplin Kelab Marakob Zul (dua kanan) antara yang hadir memberi sokongan...
MUSLIM menerima hadiah Pemain Terbaik dari Malik. MALIK menyampaik­an hadiah Pemain Berbakat kepada Azmil. ADNAN (tiga kanan) dan Saiful bertukar-tukar cenderaken­angan. PEGAWAI Disiplin Kelab Marakob Zul (dua kanan) antara yang hadir memberi sokongan...
 ??  ?? PASUKAN Junaidi. WiraJaya merakamkan gambar bersama Adnan, Sidek, Malik dan Ag.Ku
PASUKAN Junaidi. WiraJaya merakamkan gambar bersama Adnan, Sidek, Malik dan Ag.Ku
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit @ Buchu bersama Salim dan Ag.Ku Junaidi.
NAIB Presiden Safa Papar Ag.Damit @ Buchu bersama Salim dan Ag.Ku Junaidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia