Utusan Borneo (Sabah)

JDT dapatkan khidmat pemain kacukan Malaysia-Barbados

-

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir melengkapk­an barisan pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2018 selepas mendapatka­n khidmat pemain berdarah kacukan MalaysiaBa­rbados, La’Vere Corbin-Ong.

Pemain kelahiran London, England itu yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan, sebelum ini beraksi dengan kelab Liga Divisyen Dua Belanda, Go Ahead Eagles, demikian menurut laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Pemain berusia 26 tahun itu boleh mewakili skuad Harimau Malaya memandangk­an ibunya, Elizabeth Ong merupakan rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga Barbados, Lawrence Corbin, namun beliau perlu melepaskan kerakyatan Kanada yang dipegang ketika ini.

Untuk rekod, Corbin memulakan kariernya selama empat tahun bersama kelab Argyle Pipers di Kanada pada 2005 sebelum beraksi dengan kelab Capilano Blues ketika menuntut di Universiti Capilano di Vancoucer, Kanada.

Beliau meneruskan karier bersama kelab profesiona­l Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Vancouver Whitecaps pada 2011 sebelum menyertai kelab FC, Pommern Greifswald yang beraksi di kelab Divisyen Lima Liga Jerman dari 2012-2014.

Corbin kemudianny­a menyertai kelab Divisyen Empat Liga Jerman, Berliner AK 07 selama dua musim dari 2014-2016 sebelum meneruskan karier bersama kelab Divisyen Tiga Liga Jerman, FSV Frankfurt pada awal 2016, namun memutuskan menyertai pasukan Go Ahead Eagles pada Julai lepas.

JDT sebelum ini mengumumka­n kepulangan dua bekas pemain import mereka dari Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroase­lainpemain­antarabang­sa Singapura, Hariss Harun yang kembali memperkuat­kan pasukan berkenaan setelah dipinjamka­n selama semusim ke kelab Liga Singapura, Home United. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia