Utusan Borneo (Sabah)

Barca sahkan kemaraan ke pusingan kedua

-

TURIN, Itali: Lionel Messi bermula di bangku simpanan tetapi kelabnya, Barcelona, mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga Juara-Juara dan juga menduduki tangga teratas Kumpulan D selepas seri tanpa jaringan dengan Juventus di sini Rabu lepas.

Juventus, finalis musim lepas, kekal di tangga kedua, satu mata di hadapan Sporting Lisbon dan boleh turut mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua jika menewaskan Olympiakos pada perlawanan terakhir 5 Disember depan.

Barca, juara lima kali kejohanan, memulakan perlawanan dengan hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan pusingan pertama untuk menduduki tangga teratas Kumpulan D sementara Juventus perlu mengelak kekalahan dan mengharapk­an Sporting gagal menewaskan Olympiakos di Lisbon untuk meneruskan kemaraan.

Tetapi Sporting menewaskan Olympiakos 3-1 dan ini menyebabka­n Juventus perlu menewaskan Olympiakos untuk menjamin tempat ke pusingan kedua.

Messi bermula di bangku simpanan dengan jurulatih Barca, Ernesto Valverde memilih untuk merehatkan beliau menjelang perlawanan penting dua pasukan teratas La Liga Sepanyol menentang Valencia hujung minggu ini.

“Ada ketika apabila walaupun beliau memiliki kehebatan luar biasa, beliau juga memerlukan rehat,” kata Valverde.

Messi hanya dimasukkan pada minit ke-56 tetapi gagal mengulangi dua gol ketika menewaskan Juventus 3-0 di Nou Camp pada perlawanan bulan September lalu.

“Leo sudah bermain dengan kerap sejak awal musim. Seperti pemain lain, beliau agak keletihan,” kata Valverde.

“Kami fikir permainan lebih terbuka dalam separuh masa kedua dan ia pastinya berguna untuk beliau berehat sedikit. Sentiasa ada risiko tidak menurunkan­nya tetapi saya anggap ia keputusan yang wajar.”

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, mengakui beliau terpaksa mengubah corak permainan selepas tidak melihat nama Messi dalam kesebelasa­n utama.

“Ia kali pertama dalam 13 perlawanan menentang Barcelona di mana Messi tidak bermain (kesebelasa­n utama) tetapi apabila beliau dimasukkan, pemain tetap mengawal beliau. Bagi kami, ia faktor penting,” katanya. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia