Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal, Milan mara

Ke pusingan kalah mati Liga Europa

- Penyerang Arsenal Danny Wellback (tengah) cuba dihalang oleh dua orang pemain pertahanan Cologne. Oleh VITALIS G. BINGKASAN

PARIS, Perancis: Arsenal mengesahka­n tangga teratas Kumpulan H dalam pertanding­an Liga Europa walaupun tewas 0-1 di Cologne sementara AC Milan juga mengesahka­n kemaraan ke pusingan 32 akhir kejohanan dengan menewaskan Austria Vienna Khamis lepas.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, melakukan pertukaran keseluruha­n kesebelasa­n utama yang menewaskan Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas, dengan Olivier Giroud, Jack Wilshere dan Danny Welbeck diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Tetapi Arsenal bolos gol penalti minit ke-62 oleh Sehrou Guirassy selepas dikasari Mathieu Debuchy dalam kotak penalti.

Cologne, tanpa kemenangan daripada 12 perlawanan dalam Bundesliga Jerman musim ini, naik ke tangga kedua dengan baki satu perlawanan selepas keputusan seri tanpa jaringan di antara

BATE

Borisov dan Red Star Belgrade di Belarus mengesahka­n status Arsenal sebagai juara kumpulan.

“Kami tewas satu perlawanan di mana Cologne hanya mempunyai satu peluang sahaja selain tendangan penalti,” kata Wenger. “Kami sentiasa kehilangan sesuatu untuk menjaringk­an gol. Cologne bertahan dengan penuh semangat dan bagi mereka, ia adalah malam yang sempurna.”

Juara tujuh kali Piala Eropah, Milan, juga melonjak ke tangga teratas untuk Kumpulan D selepas membelasah Austria Vienna 5-1 di San Siro.

Christoph Monschein meletakkan Vienna di hadapan tetapi skuad kendalian Vincenzo Montella bangkit menerusi jaringan dua gol masing-masing dari Andre Silva dan Patrick Cutrone dengan satu lagi gol dijaringka­n Ricardo Rodriguez. Atalanta juga mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati selepas Bryan Cristante dan Andreas Cornelius, juga masing-masing menringkan jaringkan dua gol ketika membelasah Everton 5-1 di Goodison Park.

Robin Gosens menjaringk­an satu lagi gol untuk Atalanta dengan Sandro Ramirez menjaringk­an gol pertama beliau bersama Everton, yang tewas buat kali keempat dari lima perlawanan pusingan pertama kejohanan ini. “Tiada apa yang penting pada perlawanan ini selain maruah kami tetapi ia sememangny­a tidak menggembir­akan apabila tewas. Ia sangat mengecewak­an,” kata kapten Everton, Wayne Rooney ketika memberitah­u BT Sport.

Nabil Fekir menjaringk­an gol ke-13 musim ini untuk Lyon selepas menewaskan Apollon Limassol untuk menyertai Atalanta dari Kumpulan E.

Mario Balotelli menjaringk­an dua gol ketika Nice juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Zulte Waregem dari Belgium sementara Lazio tercicir mata pertama dalam Kumpulan K selepas seri 1-1 dengan Vitesse Arnhem di tempat sendiri.

Marseille menjaringk­an gol penyamaan lewat dari gol sendiri Wilfried Moke untuk mengikat Konyaspor 1-1 dan kekal di tangga kedua di belakang Salzburg, yang menewaskan Vitoria Guimaraes dari Kumpulan I.

“Keajaiban tidak berlaku begitu sahaja,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia, yang menyaksika­n Jordan Amavi dibuang padang ketika berbaki 10 minit permainan.

“Seperti perlawanan terakhir, pasukan percaya diri mereka sendiri sehingga akhirnya walaupun kurang seorang pemain.”

Villarreal juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Astana 3-2 di Kazakhstan.

Kelab dari Sweden, Ostersund, juga meneruskan saingan selepas menewaskan Zorya Luhansk dari Ukraine 2-0 sementara Athletic Bilbao menewaskan Hertha Berlin 3-2. – AFP KOTA KINABALU: Pemain lelaki dan wanita dipelawa menyertai ujian pemilihan terbuka skuad futsal Sukan Malaysia (Sukma) Sabah 2018 di Arena Futsal Yayasan Sabah pada 3 Disember depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Futsal Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Yamani Hafez Musa (gambar) berkata, pemilihan itu bagaimanap­un hanya untuk pemain berusia 20 tahun ke bawah pada 2018 atau lahir pada 1998 dan selepasnya.

“Kita sudah ada senarai pemain yang telah dikenalpas­ti dari Liga Futsal Sabah pada 11-12 November lalu.

“Pemilihan terbuka pada 3 Disember ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak menyertai liga itu,” kata Hafez dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Beliau mengingatk­an agar pemain yang ingin menyertai ujian pemilihan terbuka itu datang awal dan sudah bersedia menjalani ujian pemilihan bermula jam 8.00 pagi.

“Saya juga mengharapk­an kehadiran pemain yang berkualiti serta telah bersedia dari segi fizikal dan mental agar kita dapat membentuk pasukan terbaik membawa cabaran Sabah pada Sukma 2018 di Perak nanti,” katanya.

Menurutnya, masingmasi­ng 25 pemain lelaki dan wanita akan disenaraik­an ke latihan pusat fasa pertama pada awal tahun depan.

Sambil itu, senarai jurulatih skuad futsal Sukma Sabah telah dikenalpas­ti tetapi hanya akan diumumkan semasa latihan pusat fasa pertama.

Pemain yang ingin menyertai ujian pemilihan terbukadim­intamenghu­bungi setiausaha Jawatakuas­a Futsal dan Bola Sepak Pantai Safa, Azman Soaibah (0168207479).

 ??  ?? PERGERAKAN ANDRE SILVA sumbang dua gol untuk Milan ketika membenam Austria Vienna 5-1 di San Siro.- Gambar AFP
PERGERAKAN ANDRE SILVA sumbang dua gol untuk Milan ketika membenam Austria Vienna 5-1 di San Siro.- Gambar AFP
 ??  ?? - Gambar REUTERS
- Gambar REUTERS
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN bersama Ladislaus (tiga dari kiri) dan timbalanny­a, Shuib Hashim (tengah).
PEMAIN bersama Ladislaus (tiga dari kiri) dan timbalanny­a, Shuib Hashim (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia