Utusan Borneo (Sabah)

Everton dimalukan Atalanta 5-1

-

EVERTON, England: Musim hambar Everton semakin teruk di Goodison Park apabila dimalukan 1-5 oleh Atalanta dari Itali dalam aksi Liga Europa Khamis lepas.

Everton sudah tersingkir dari saingan sebelum perlawanan dan melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasa­n utamanya dan Atalanta menamatkan saingan apabila menjaringk­an tiga gol lewat.

“Saya meminta pemain untuk menjadikan ia sukar untuk saya mengeluark­an mereka dari kesebelasa­n utama (perlawanan) Ahad ini dan majoriti di antara mereka memberikan saya keputusan mudah,” kata pengurus sementara Everton, David Unsworth.

“Kami tidak dapat bolos seperti ini pada sepuluh minit terakhir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan benar-benar mengecewak­an. Saya mahu memikirkan setiap pemain

Rooney (tengah) gagal membantu Everton selepas kelabnya itu dibelasah 5-1 oleh Atalanta di Goodison Park. - Gambar AFP

berasa kecewa seperti saya. Jika mereka tidak sedih atau kecewa dengan keputusan ini, mereka tidak seharusnya berada di kelab ini.”

Unsworth membimbing kelab untuk sementara ekoran pemecatan Ronald Koeman pada 23 Oktober.

Ketika kelab dikaitkan dengan beberapa nama, mereka setakat ini gagal mengesahka­n pengurus tetap baharu, menyebabka­n Unsworth, jurulatih bawah 23 tahun kelab, terus membimbing pasukan yang ketika ini berada di tangga ke-16 Liga Perdana.

Unsworth tidak menyimpan rahsia untuk memegang tugas secara tetap tetapi kekalahan teruk kepada kelab yang berada di tangga ke-12 Serie A Itali dijangka tidak memberikan sebarang kelebihan kepadanya.

“Ia satu penghormat­an saya untuk menjadi jurulatih tetapi pad masa yang sama, anda perlukan pemain yang memberikan segala-galanya yang mereka ada,” tambah Unsworth. - AFP

 ??  ?? KEHADIRAN
KEHADIRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia