Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa pendorong kejayaan: Redonah

Pelajar punyai pelbagai kemudahan berbanding dahulu

-

KOTA MARUDU: Ibubapa wajar mengambil berat tentang pembelajar­an anakanak mereka agar terus memperkasa­kan semangat ingin belajar dan meraih kecemerlan­gan di setiap peringkat persekolah­an.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Redonah Bahanda berkata, anak-anak masa kini amat bertuah berbanding mereka yang berada di era tahun 60an dan 70an yang melalui banyak rintangan seperti hadir ke sekolah berjalan kaki yang agak jauh dan ada di antaranya yang tidak berkasut.

Katanya, jika dibandingk­an masa kini anak-anak ke sekolah menaiki kenderaan sendiri atau kereta sewa dilengkapi dengan pakaian yang kemas dan serba baru bersama buku-buku teks dan latihan yang disumbangk­an oleh kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Menurutnya, bagi pelajar luar bandar yang memperoleh­i pencapaian akademik ‘A’ ianya dikategori­kan sebagai pelajar pintar kerana kemudahan prasarana pendidikan yang kurang berbanding pelajar di bandar.

“Saya ingin berkongsi pengalaman semasa saya memulakan pendidikan yang terpaksa mengharung­i banyak rintangan atau masalah yang dilalui demi menjadikan diri setanding dengan orang lain yang maju dalam bidang pembelajar­an atau pendidikan.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Koromoko Kota Marudu, di sini barubaru ini.

Menurut beliau, dorongan ibubapa dan guru merupakan pemangkin kepada kegigihan anak-anak untuk giat belajar di samping menanam impian untuk menjadi pelajar cemerlang sepanjang mereka menduduki bangku sekolah rendah sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibubapa sentiasa mengawasi anak mereka agar tidak terjebak aktiviti tidak sihat yang boleh mengundang kekecewaan kepada diri pelajar, ibubapa sekaligus mencemarka­n imej sekolah dan kampung halaman.

Terdahulu Guru Besar SK Koromoko Kissin Sandor berkata, objektif program ini ialah memberi penghargaa­n kepada para pelajar yang cemerlang serta berpontesi dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan kepimpinan.

Pelbagai anugerah disampaika­n pada majlis itu antaranya anugerah Tokoh

“Anak-anakmasaki­niamatbert­uahberband­ing mereka yang berada di era tahun 60an dan 70an yang melalui banyak rintangan seperti hadir ke sekolah berjalan kaki yang agak jauh dan ada di antaranya yang tidak berkasut.”

DATUK REDONAH BAHANDA

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Guru 2017 diberikan kepada Siti Umairah Maliki manakala anugerah Tokoh AKP 2017 penerimany­a Defna Sabinus.

Program dimeriahka­n dengan cabutan tiket bertuah yang menyediaka­n pelbagai hadiah lumayan seperti basikal, barangan elektrik, telefon bimbit dan hamper.

Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom@ Mohd. Fikri Bahanda telah menyumbang wang tunai bagi menjayakan penganjura­n program ini.

Hadir sama Penolong Kanan Kurikulum merangkap naib pengerusi penganjur Asmara Damit, Penolong Kanan Kokurikulu­m Jamin Gondou, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naim Ebit, YDP PIBG Jeffry Masidar, dan Setiausaha Kerja Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Puan Salmi Salim.

 ??  ?? REDONAH (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Pelajar 2017 kepada Nur Asitha Indar.
REDONAH (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Pelajar 2017 kepada Nur Asitha Indar.
 ??  ?? REDONAH (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Guru SK Koromoko 2017 kepada Siti Umairah Maliki sambil disaksikan oleh Asmara (kiri).
REDONAH (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Guru SK Koromoko 2017 kepada Siti Umairah Maliki sambil disaksikan oleh Asmara (kiri).
 ??  ?? (Gambar kiri) KISSIN (kanan) menyampaik­an keputusan UPSR 2017 kepada Izat Joseph sambil disaksikan oleh Asmara dan yang lain.
(Gambar kiri) KISSIN (kanan) menyampaik­an keputusan UPSR 2017 kepada Izat Joseph sambil disaksikan oleh Asmara dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia