Utusan Borneo (Sabah)

Hidup bukan

Berkat pesanan keramat ibu, Nurin peroleh keputusan cemerlang SMU

- Oleh SADDAM EDRIS yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaa­n SRU.

MENJAWAB soalan tidak perlu ‘stres’, buat apa yang termampu,” begitulah pesanan ibu kepada anaknya Nurin Badzlin Masturah Bahar,16, sebelum melangkah ke Dewan Peperiksaa­n.

Berkat pesanan yang sering berlegar dalam fikiran itu, Nurin tanpa menduga berjaya mendapat keputusan cemerlang (Mumtaz) dalam Peperiksaa­n Sijil Menengah Ugama (SMU) tahun ini.

Gadis berasal dari Kampung Merotai Besar, Tawau itu yakin bahawa setiap orang mempunyai kemampuan masing-masing, dan paling penting adalah terus berusaha sebaik yang mungkin.

“Ibu sering mengingatk­an saya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu sudah tertulis, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada mahu atau tidak.

“Atas katakata keramat itulah, saya yakin bahawa rezeki ada di mana-mana, yang penting terus belajar bersungguh-sungguh dan ingat selalu kepada Maha Pemberi Rezeki (Tuhan),” katanya yang kini belajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Islamiah Tawau.

Selain itu, berbekalka­n impian mahu merubah hidup keluargany­a, Nurin tetap mengingati pengorbana­n ayahnya yang bekerja sebagai buruh kilang demi menyara dia dan dua adik perempuann­ya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang.

Katanya, ibu sebagai suri rumah sepenuh masa juga tidak pernah putus memberi semangat kepadanya untuk terus belajar bersungguh­sungguh tanpa menghirauk­an kesusahan hidup.

“Alhamdulil­lah, akhirnya semua terjawab bahawa kesusahan hidup tidak menjadi penghalang untuk kita berjaya asalkan kita ingat siapa diri kita yang sebenar.

“Jangan sombong dan sentiasa berpijak di bumi nyata, sebab kita juga mampu melangkah jauh ke hadapan jika ada semangat untuk merubah hidup ke arah lebih baik,” katanya yang bercita-cita menjadi pakar perubatan satu hari nanti.

Mengenai perancanga­n seterusnya, Nurin tekad untuk terus belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) yang akan didudukiny­a pada tahun depan.

Turut berkongsi kegembiraa­n iaitu Mohd Zaki Jusidin,16, yang juga memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SMU.

Katanya, resepi kejayaan adalah bijak memilih kawan yang berakhlak baik serta berdisipli­n bagi mengelak diri terjebak dengan gejala atau aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah.

Anak jati Kampung Minihas Lohan, Ranau itu juga tidak lupa untuk mengimbang­i amalan ibadah serta pembelajar­an akademik supaya setiap ilmu yang diperoleh mendapat berkat.

“Setiap malam saya akan bangun untuk menunaikan solat Tahajud dan selepas itu akan mengulang kaji pembelajar­an.

“Di sekolah pula, sekiranya tidak faham, saya tidak malu untuk terus bertanya dan jangan kedekut berkongsi ilmu kepada rakan lain,” katanya yang kini belajar dalam aliran Sains Tulin di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut.

Seterusnya, anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu juga berharap agar terus memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM untuk merealisas­ikan impian menjadi pensyarah apabila dewasa kelak.

Sementara itu, Marina Maranih, 12, yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU) turut sama berkongsi resepi kejayaan.

Gadis kelahiran Kampung Kinapulida­n, Ranau itu mengatakan bahawa impiannya untuk menjadi Guru Agama subjek bahasa Arab satu hari nanti menjadi pembakar semangatny­a untuk belajar bersungguh-sungguh.

Minat dalam bertutur dan menulis dalam bahasa Arab juga memberikan satu kelebihan buatnya untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu.

Meskipun begitu, subjek lain juga tidak pernah dia abaikan dan sering mencatat nota-nota ringkas ketika sesi pembelajar­an bermula.

“Saya juga akan mengikuti jadual harian pembelajar­an

(kanan) bersama rakannya yang turut mendapat sijil anugerah cemerlang bagi peperiksaa­n SRU.

setiap subjek iaitu bermula jam 7 hingga 10 malam dengan membuat latih tubi serta menjawab soalan- soalan peperiksaa­n terdahulu.

“Selain itu, saya juga mengutamak­an ibadat dan tidak pernah ponteng pada sesi pembelajar­an di sekolah,” katanya yang belajar di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Libang. Pada masa sama Marina berkata, kejayaan yang diperolehn­ya juga adalah berkat dorongan dan semangat yang diberikan oleh ibu bapa dan guru sekolah.

Terdahulu, seramai 4,158 dari jumlah keseluruha­n iaitu 4,572 calon Peperiksaa­n SRU tahun ini lulus dengan pelbagai pangkat iaitu Mumtaz (114 orang), Jayyid Jiddan (613), Jayyid (2196), dan Maqbul (1235).

Manakala, keputusan Peperiksaa­n SMU menyaksika­n seramai 287 daripada 318 pelajar secara keseluruha­n lulus semua subjek dengan mendapat pelbagai pangkat iaitu Mumtaz (29 orang), Jayyid Jiddan (95), Jayyid(95), dan Maqbul (68).

“Ibu sering mengingatk­an saya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu sudah tertulis, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada mahu atau tidak. Atas katakata keramat itulah, saya yakin bahawa rezeki ada di mana-mana, yang penting terus belajar bersungguh-sungguh dan ingat selalu kepada Maha Pemberi Rezeki ” (Tuhan). NURIN BADZLIN MASTURAH BAHAR Pelajar cemerlang SMU

 ??  ?? MURID
MURID
 ??  ??
 ??  ?? MARINA
MARINA
 ??  ?? PELAJAR yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Peperiksaa­n SMU 2017 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PELAJAR yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Peperiksaa­n SMU 2017 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia