Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan dekati rakyat luar bandar

Termasuk galak pelajar untuk berjaya dalam akademik

-

KOTA KINABALU: Program Engagement Sekolah Angkat bukti keprihatin­an kerajaan mendekati rakyat khususnya kawasan luar bandar.

Berucap merasmikan program itu di SK Babagon Toki, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Inanam Fredolin Totin Bangon berkata selain merapatkan hubungan dalam kalangan ibu bapa dan guru, program itu dilihat mampu merangsang pelajar berjaya dalam akademik menerusi bantuan secara fizikal dan spiritual.

“Kita amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan (Japen) Sabah yang memilih SK Babagon untuk pelaksanaa­n program murni ini.

“Kita juga yakin serta percaya, program ini dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru, di samping menyuburka­n konsep 1Malaysia.

“Di samping itu, bantuan peralatan sekolah yang diberi pada hari ini juga FREDOLIN TOTIN BANGON Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Inanam

“Selain merapatkan hubungan dalam kalangan ibu bapa dan guru, program itu dilihat mampu merangsang pelajar berjaya dalam akademik menerusi bantuan secara fizikal dan spiritual.”

berupaya meningkatk­an motivasi para pelajar untuk berusaha serta belajar bersungguh-sungguh,” katanya di sini

FREDOLIN (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar.

pada Khamis.

Tambahnya ia adalah bukti keprihatin­an kerajaan dalam mendekati rakyat khususnya kawasan luar bandar. Justeru, para guru serta ibu bapa perlu memanfaatk­an aktiviti sosial itu untuk mengukuhka­n perpaduan yang sedia ada.

Menurut Fredolin, kerajaan yang telah merancang banyak program pembanguna­n, komited serta rancak melaksanak­an tanggungja­wabnya menerusi peruntukan tertentu termasuk Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan, Peter Tong Ah Pin dalam ucapan aluan menjelaska­n pemilihan SK Babagon Toki sebagai sekolah angkat adalah berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan seperti kedudukan sekolah di kawasan pedalaman.

Jelas Peter, selain SK Babagon Toki, turut dijadikan sekolah angkat oleh Japen Sabah adalah SK Long Pasia dan SK Marak Parak, Kota Marudu.

Pada majlis berkenaan, seramai 80 pelajar menerima sumbangan berupa peralatan sekolah disampaika­n Fredolin yang turut dihadiri Guru Besar SK Babagon Toki Yahya Yusof, Penolong Pengarah Japen Sabah Marklin Brunei dan Pegawai Penerangan Bandaraya Kota Kinabalu Malina Jamarin.

SK Babagon Toki yang terletak 30 kilometer dari ibu negeri, pernah meraih Anugerah Serasi 2009/2010, Anugerah Serasi 2013/2014, Anugerah Lestari Kebangsaan 2011/2012 dan Anugerah Lestari Kebangsaan 2013/2014.

 ??  ??
 ??  ?? FREDOLIN merakamkan gambar kenangan bersama warga SK Babagon Toki dan para pegawai kanan Japen.
FREDOLIN merakamkan gambar kenangan bersama warga SK Babagon Toki dan para pegawai kanan Japen.
 ??  ?? FREDOLIN
FREDOLIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia