Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan Faimin dapat reaksi positif

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Cetusan idea Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin yang mencadangk­an orang ramai khususnya kakitangan awam sama ada Jabatan kerajaan Negeri atau Persekutua­n di Sabah memakai baju bercorak tradisi kontempora­ri etnik tempatan pada hari Khamis minggu keempat setiap bulan mendapat reaksi positif.

Menurut Faimin, Pesta Kaamatan sudah berlalu dan masih lama lagi, ada baiknya jika diberi pilihan untuk hari Khamis minggu keempat setiap bulan para penjawat awam memakai baju berunsur tradisi kontempora­ri sebagai pilihan kepada baju batik.

“Saya yakin dengan galakan pemakaian baju ini, akan dapat menjana pendapatan para tukang jahit pakaian tradisi dan memberi peluang kepada pereka fesyen mengembang­kan bakat serta potensi mereka.

“Langkah ini juga akan dapat memelihara kewujudan busana tradisi kita, justeru mari kita mulakan di Ranau,” jelas Faimin menerusi laman Facebookny­a pada Khamis.

“Di Sabah kaya dengan pakaianbaj­utradisisu­kukaum, justeru orang ramai, para penjawat awam dan swasta di negeri ini mempunyai pilihan sendiri sama ada memakai baju tradisi sebenar atau baju tradisi kontempora­ri,” tambah Faimin.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui masingmasi­ng menyatakan sokongan terhadap cetusan idea Pegawai Daerah Ranau itu, sambil menyifatka­nnya satu cadangan positif dan terbaik sebagai melambangk­an identiti bangsa.

“Secara peribadi, saya amat menyokong idea itu sebagai satu pilihan selain memakai baju batik setiap hari Khamis seperti biasa,” kata Awiss Juharin yang turut dipersetuj­ui oleh Bubudan OT Majalu.

 ??  ?? FAIMIN mengenakan baju tradisi kontempora­ri sebagai contoh pilihan untuk dipakai hari Khamis minggu keempat setiap bulan.
FAIMIN mengenakan baju tradisi kontempora­ri sebagai contoh pilihan untuk dipakai hari Khamis minggu keempat setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia