Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah Lestari wujudkan suasana kondusif

-

LABUAN: Pelancaran Program Sekolah Lestari di Sekolah Kebangsaan Pekan II Wilayah Persekutua­n Labuan, diharapkan bukan sahaja dapat mewujudkan suasana pembelajar­an yang kondusif di dalam kelas mahupun di luar kelas bahkan pada masa sama juga mendidik murid untuk mencintai alam sekitar.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan II, Jaafar Matusin pada Majlis Pelancaran Program Sekolah Lestari SK Pekan II, di sini pagi Isnin, setelah Program Sekolah Lestari dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar bagi Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementeria­n Pendidikan pada 2001 telah mengalakka­n sekolahsek­olah membudayak­an pendidikan alam sekitar melalui penerapan nilainilai murni alam sekitar dalam pelbagai aspek.

“Sekolah ini merupakan sekolah keempat melaksanak­an Program Sekolah Lestari di Labuan hasil kerjasama Strategi Lautan Biru antara Jabatan Pendidikan Labuan, Jabatan Alam Sekitar Labuan, Perbadanan Labuan bersama-sama dengan firma swasta Repsol Oil and Gas Malaysia Limited.

“Sumbangan sebanyak RM10 ribu oleh Syarikat Repsol Oil and Gas Malaysia Limited kepada sekolah ini akan dimanfaatk­an untuk mengadakan stesen-stesen pendidikan di kawasan sekolah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar sekolah di samping mengadakan program bersama Jabatan Alam Sekitar Labuan bersama para ibu bapa pelajar bagi memupuk kesedaran untuk menjaga alam sekitar,” ujar Jaafar lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan Amir Hamzah Musa berkata pihaknya sentiasa menyokong sebarang inisiatif untuk memberi kesedaran alam sekitar.

“Pihak kami juga akan memperkena­lkan Anugerah Sekolah Rakan Sekitar bagi memberi pengiktira­fan kepada sekolah yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam memberi kesedaran alam sekitar kepada warga sekolah.

“Anugerah seumpama ini sudah dilaksanak­an di Sabah dan Sarawak sejak 2003 lagi untuk memberi galakan kepada pihak sekolah dan pelajar untuk menyokong dan cinta akan alam sekitar,” jelasnya.

Dalam pada itu, wakil pengurusan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Datuk Eddie Abdullah berkata, walaupun syarikatny­a memberi tumpuan kepada mengembang­kan perniagaan, namun tanggungja­wab kepada masyarakat dan komuniti setempat tetap diambil perhatian agar menjadi warga korporat yang prihatin.

“Kami bekerjasam­a dengan agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan atau NGO untuk menganjur dan menaja program-program kemasyarak­atan dengan tujuan bagi menggalakk­an perubahan, dan meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat tempatan.

“Tahun ini merupakan kali keempat syarikat tersebut bekerjasam­a dengan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendidikan di Labuan ini di dalam penajaan program yang bertujuan untuk mempromosi dan membimbing muridmurid sekolah rendah dan menengah ke arah kesedaran kepentinga­n penjagaan alam sekitar,” tambah Eddie.

Turut hadir, wakil Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dato’ Othman Che Jusoh, Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Hasbollah Hamid yang mewakili pengarahny­a serta Ketua Kampung Gersik/Saguking Osman Kadir. -Penerangan Labuan

 ??  ?? EDDIE (depan) memukul gong sebagai simbolik perasmian, sambil diperhatik­an oleh Jaafar (kanan), Osman (dua dari kanan), Hasbollah (tengah), Amir (dua dari kiri) serta Othman (kiri).
EDDIE (depan) memukul gong sebagai simbolik perasmian, sambil diperhatik­an oleh Jaafar (kanan), Osman (dua dari kanan), Hasbollah (tengah), Amir (dua dari kiri) serta Othman (kiri).
 ??  ?? JAAFAR
JAAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia