Utusan Borneo (Sabah)

26 ahli Komulakan Upko Kinabatang­an lawat Labuan

- Oleh JOHAN AZIZ

LABUAN: Seramai 26 ahli Komulakan Upko Kinabatang­an telah melakukan lawatan ke Wilayah Persekutua­n Labuan baru-baru ini.

Menurut Pengurus Program lawatan, Elvinson Henly Jumali berkata antara objektif lawatan itu adalah membuka minda ahli-ahli baru Komulakan selain membincang­kan takwim pergerakan itu bagi tahun hadapan.

Selain itu katanya bagi merapatkan hubungan silaturahi­m dan beramah mesra dengan Komulakan di Wilayah Persekutua­n Labuan serta sebagai penutup aktiviti pada tahun ini.

Sempena dengan lawatan itu juga, ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Komulakan Upko Kinabatang­an Willy Frous Darinsouk berkesempa­tan makan malam bersamasam­a dengan ahli-ahli Pergerakan Komulakan Upko Labuan dan Ketua Upko Bahagian Labuan Ronald James.

Ronald dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih di atas kunjungan itu dan pada masa sama merakamkan rasa bangga dengan penglibata­n orang muda dalam politik Upko.

“Tanpa sokongan dari orang muda yang begitu sinonim dengan gelaran Komulakan politik parti ini maka tidak ada pelapis kepimpinan parti pada masa akan datang,” katanya.

Ronald menyifatka­n bahawa mereka ini adalah tunas baharu yang akan menggantik­an pucuk pimpinan parti pada masa akan datang.

Willy berkata, lawatan itu merupakan pengisian yang dijalankan oleh AJK Komulakan Upko Kinabatang­an selain mengadakan mesyuarat berkaitan pengurusan takwim pergerakan itu tahun hadapan.

Beliau yang mewakili seluruh AJK dan ahliahli pergerakan itu turut mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Upko Kinabatang­an dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan merangkap Adun Kuamut Datuk Masiung Banah yang menyokong penuh usaha dalam menjayakan program tersebut.

 ??  ?? AHLI-ahli Komulakan Upko Kinabatang­an diketuai oleh Willy bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli daripada Komulakan Labuan bersama dengan Ronald selepas majlis makan malam.
AHLI-ahli Komulakan Upko Kinabatang­an diketuai oleh Willy bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli daripada Komulakan Labuan bersama dengan Ronald selepas majlis makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia