Utusan Borneo (Sabah)

Tarik minat murid ke sekolah Program Jom Hadir Ke Sekolah SKSB tingkat peratus kehadiran murid

- Murid yang hadir penuh bergambar kenangan bersama Dg. Sarifah dan guru-guru.

LABUAN: Program Jom Hadir Ke Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) adalah salah satu daripada Program Sekolah Penyayang yang bertujuan untuk menarik minat murid hadir penuh ke sekolah.

Program tersebut merupakan cetusan idea daripada Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg. Sarifah A.Mahmod.

Selepas dua tahun program itu dilaksanak­an di SK Sungai Bedaun ianya telah menunjukka­n keberhasil­an dalam menarik minat murid untuk hadir setiap hari ke DG. SARIFAH A.MAHMOD Guru Besar SK Sungai Bedaun sekolah.

Pada tahun ini seramai 48 orang murid dari pra sekolah hingga Tahun 6 telah mencatat kehadiran penuh sepanjang sesi persekolah­an 2017.

“Ia menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya 33 orang murid yang hadir penuh pada tahun 2016,”kata Dg Sarifah.

Untuk itu pada 21 November, pihak sekolah telah mengadakan acara cabutan bertuah kepada semua murid yang hadir penuh.

Pelbagai hadiah yang

“Ia menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya 33 orang murid yang hadir penuh pada ” tahun 2016

HANNAN

menarik telah disediakan oleh pihak sekolah dan kesemua murid yang hadir penuh telah menerima hadiah yang disumbangk­an oleh PIBG dan penajapena­ja luar.

Dua orang murid telah memenangi hadiah utama berupa basikal iaitu Hanan Insyirahi Mas Daud dari kelas Tahun 6 dan Muhammad Raiyyan Nazryl Nazri dari kelas pra sekolah.

Hadiah-hadiah telah disampaika­n oleh Dg.Sarifah dalam satu majlis perhimpuna­n bersama semua guru dan murid SK Sungai Bedaun.

Dalam ucapannya, Dg.Sarifah berharap agar penyampaia­n hadiah-hadiah ini akan dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid yang lain agar hadir penuh ke sekolah sepanjang tahun.

Katanya, pelaksanaa­n program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang sebagai menghargai usaha murid untuk hadir penuh ke sekolah.

Dg. Sarifah tidak lupa menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa memastikan anak mereka hadir ke sekolah dan datang lebih awal pada setiap hari.

“Saya meminta kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak mereka hadir dan datang lebih awal ke sekolah pada setiap hari. Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana menjayakan program Jom Hadir Ke Sekolah 2017,”katanya.

Penyelaras Program Jom Hadir, Norsidah Matyassin dari Unit Bimbingan dan Kaunseling melahirkan rasa kesyukuran kerana program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid SK Sungai Bedaun yang hadir penuh sepanjang sesi persekolah­an 2017,”katanya.

 ??  ?? Insyirah (empat kiri) menerima basikal daripada Dg. Sarifah (dua kanan).
Insyirah (empat kiri) menerima basikal daripada Dg. Sarifah (dua kanan).
 ??  ?? SEMUA
SEMUA
 ??  ?? DUA orang murid, Hannan (empat kiri) dan Raiyyan yang bertuah mendapat hadiah basikal bergambar kenangan bersama Dg. Sarifah, Penolong-penolong Kanan dan guruguru SK Sg Bedaun.
DUA orang murid, Hannan (empat kiri) dan Raiyyan yang bertuah mendapat hadiah basikal bergambar kenangan bersama Dg. Sarifah, Penolong-penolong Kanan dan guruguru SK Sg Bedaun.
 ??  ?? MUHAMMAD Raiyyan Nazryl murid pra sekolah menerima basikal daripada Dg Sarifah (dua kanan) pada Majlis Penghargaa­n Jom Hadir Ke Sekolah 2017.
MUHAMMAD Raiyyan Nazryl murid pra sekolah menerima basikal daripada Dg Sarifah (dua kanan) pada Majlis Penghargaa­n Jom Hadir Ke Sekolah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia