Utusan Borneo (Sabah)

Majlis makan malam eratkan guru SK Lubok Temiang

-

LABUAN: Majlis makan malam tahunan telah mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan warga guru Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang.

Guru Besar Awat @Cally Moguring berkata majlis itu merupakan ruang dan peluang untuk guru-guru beramah mesra sesama rakan dan staf sekolah itu.

Beliau juga mahu majlis itu diadakan untuk merehatkan guru-guru daripada mengingati tugas yang banyak sepanjang tahun 2017.

“Inilah masa yang sesuai untuk warga SK Lubok Temiang menikmati suasana yang berbeza termasuk mengenakan pakaian cantik dan menarik serta menikmati hidangan makanan yang lazat di hotel.

“Kita lupakan seketika tugas yang sememangny­a banyak dilaksanak­an pada sepanjang tahun 2017. Gunakanlah majlis makan malam ini untuk beramah mesra dan mengeratka­n lagi hubungan antara guru dan staf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan SK Lubok Temiang 2017 di sebuah hotel di sini, malam Rabu.

Turut hadir, Penolong Kanan Pentadbira­n Roslan Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Farid Marcus dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Maimon Abd Rahman.

Awat mengucapka­n terima kasih atas dedikasi dan komitmen guru-guru dalam mendidik anak bangsa di samping tabah menghadapi pelbagai dugaan di sekolah.

Majlis itu yang dihoskan oleh Pengerusi Kelab Guru SK Lubok Temiang Ustaz Mohd Rozman Omar yang

(tiga kanan) memotong kek bersama pentadbir SK Lubok Temiang (dari kanan) Roslan, Farid dan Maimon.

dimeriahka­n dengan cabutan bertuah dan pakaian tercantik serta acara memotong kek hari jadi guru pada bulan November.

Seramai 43 guru dan tujuh staf menghadiri majlis itu.

Sementara itu, Rozman mengucapka­n terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi ruang dan peluang kepada beliau mengendali­kan majlis tahunan itu.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua guru dan staf yang saban tahun bekerjasam­a menjayakan program itu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada AJK Kelab Guru atas komitmen mereka menjayakan Majlis Makan Malam SK Lubok Temiang 2017,” katanya.

Guru-guru pulang gembira selepas menerima hadiah cabutan bertuah berupa hamper, tupperware, baucer penginapan dan baucar makan di hotel itu.

 ??  ?? CALLY
CALLY
 ??  ?? GURU-guru wanita gembira menghadiri majlis makan malam SK Lubok Temiang 2017.
GURU-guru wanita gembira menghadiri majlis makan malam SK Lubok Temiang 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia