Utusan Borneo (Sabah)

Pakot Zon Bandar Tawau adakan Karnival Mini

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Persatuan Komuniti Tidung Tawau, Sabah (Pakot) zon bandar telah menganjurk­an Karnival Mini Pakot 2017 selama dua hari di tapak letak kereta Sabindo Plaza, di sini.

Karnival itu telah dirasmikan oleh Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Jumain Sawal yang mewakili Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap adun Tanjung Batu Datuk Hajah Hamisa Samat.

Dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Jumain, Hamisa memuji langkah proaktif Pakot yang sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti dan program keusahawan­an yang menarik penyertaan masyarakat umum di daerah Tawau.

“Melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Pakot juga berjaya menyatupad­ukan

Yuslia.

dan memupuk semangat kerjasama dalam meningkatk­an pendapatan keluarga masingmasi­ng dari pelbagai suku, bangsa dan agama” katanya lagi

MiniKarniv­alPakotdip­enuhi dengan pelbagai aktiviti keluarga seperti pertanding­an Ratu Comel, anyaman ketupat, cabutan bertuah, pertanding­an memasak kaum ibu, persembaha­n kebudayaan suku kaum Tidung dan juga diserikan dengan persembaha­n artis jemputan adik Jun bekas Juara CERIA PopStar program ASTRO Ria.

Sejumlah 30 pengusaha gerai jualan dan makanan menyertai Karnival Mini Pakot yang julung kalinya diadakan di daerah Tawau sejak ditubuhkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? JUMAIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada
JUMAIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada
 ??  ?? JUMAIN bersama Majlis tertinggi Pakot.
JUMAIN bersama Majlis tertinggi Pakot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia