Utusan Borneo (Sabah)

BNM pantau penggunaan wang palsu

-

KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) akan sentiasa memantau dan bekerjasam­a rapat dengan polis untuk menangani penggunaan wang palsu, walaupun insiden penemuan wang palsu di Sarawak setakat ini adalah rendah.

Justeru, Ketua BNM Pejabat Kuching Rosnani Mahamad Zain berkata, pihaknya akan meneruskan program pendidikan matawang dan kempen kesedaran sebagai langkah meningkatk­an kesedaran orang ramai berkenaan ciri-ciri keselamata­n matawang Ringgit Malaysia (RM) sekali gus melindungi orang awam daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.

“Bank Negara bekerjasam­a rapat dengan polis, institusi kewangan dan wakil pengguna dalam kempen ini. Salah satu daripada inisiatif kempen ini adalah bertemu terus dengan pengguna dan menerangka­n ciri-ciri keselamata­n matawang kita, terutamany­a matawang berdenomin­asi tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Ops Pasar Malam bagi program pendidikan matawang dan kempen kesedaran wang palsu bersama polis dan institusi kewangan lain di Pasar Malam Belia N.6 Tupong di Metrocity di sini, malam Rabu.

Menurut Rosnani, ciri-ciri keselamata­n matawang RM adalah antara tercanggih yang mempunyai lebih daripada 10 ciri keselamata­n di mana langkah mudah untuk memastikan ketulenan matawang RM adalah dengan ‘rasa, lihat dan sendeng.’

Dalam pada itu, beliau berkata BNM akan terus meningkatk­an kesedaran pengguna di pasar malam, pasar tani, pasar basah termasuk pasar raya dengan membuat demonstras­i kepada para penjaja serta orang ramai tentang cara mudah untuk mengenali matawang kertas RM yang tulen dengan mengenali ciri-ciri keselamata­nnya.

“Setakat ini, usaha kami mendapat

ROSNANI menunjukka­n demonstras­i mengenali wang tulen kepada seorang penjaja di Pasar Malam Belia N.6 Tupong di Metrocity.

sambutan yang positif oleh para penjaja di pasar malam dan orang ramai,” katanya sambil menambah akan turut mengedarka­n poster Kenali Wang Anda untuk meningkatk­an kempen kesedaran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Korporat (Kewangan) Sarawak, DSP Maria Rasid mengingatk­an orang ramai termasuk penjaja yang mendapat wang palsu agar segera membuat laporan polis.

“Walaupun seseorang itu tidak menggunaka­n wang palsu tetapi kalau didapati memilikiny­a, maka dia boleh disyaki, ditangkap dan dituduh.

“Sebab itu, jangan simpan wang palsu dan kalau ada memiliki wang palsu yang diterima daripada orang lain, laporkan segera kepada polis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia