Utusan Borneo (Sabah)

Ekspo Perfect Livin kembali menemui pelanggan di Sabah

Dengan tawaran hadiah menarik untuk pengunjung

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ekspo Perfect Livin menyasarka­n jualan terkumpul sekitar RM10 juta untuk pameran selama tiga hari yang diadakan bermula 24-26 November ini.

Pengurus Kanan Acara Jualan & Pemasaran Kumpulan I.Star Ideas Factory Sdn Bhd Frances Kee berkata dengan sasaran pengunjung antara 30,000 hingga 40,000 orang, mereka yakin sasaran itu mampu dicapai.

Beliau berkata Perfect Livin kembali semula ke Sabah dengan penyertaan lebih banyak gerai dan tawaran hadiah yang lebih menarik.

Ekspo kali ini memperliha­tkan penyertaan kira-kira 250 gerai jualan daripada pelbagai jenama terkenal seperti Vezzano, Isuzu, Joven, Elba, Panasonic, Tefal serta banyak lagi.

“Setelah berhenti selama setahun, kami memutuskan untuk menganjurk­an semula ekspo ini di Sabah berikutan permintaan pelanggan yang meminta agar ekspo ini diadakan kembali.

“Kami menerima banyak permintaan menerusi laman Facebook yang meminta kami kembali semula ke Sabah.

“Berikutan itu, kami kembali dengan pelbagai tawaran hadiah menarik untuk pelanggan yang membuat pembelian sepanjang ekspo ini,” katanya ketika ditemui semasa Ekspo Perfect Livin’17, di 1Borneo Hypermall, di sini pada Jumaat.

Frances berkata mereka berhenti mengadakan ekspo itu di Sabah pada tahun lalu berikutan keadaan pasaran yang kurang matang pada tahun lalu.

Mengenai tawaran hadiah menarik Frances berkata, mana-mana pelanggan yang berkunjung ke situ berpeluang memenangi sebuah set sofa (3+2 tempat duduk) tajaan Hatch. Pengunjung hanya perlu mengisi dan menghantar borang daftar dan menang (Register & Win). Tiada sebarang pembelian diperlukan.

Setiap hari, seramai 500 pengunjung terawal yang datang ke ekspo itu akan memperoleh botol air secara percuma.

“Untuk pengunjung yang membuat pembelian RM 500 dan ke atas, mereka berpeluang membuat penebusan hadiah melalui ‘double bonanza-guarenteed gifts’. Hadiah yang boleh ditebus termasukla­h kontena, kuali, periuk casserole, mesin pengisar dan beg troli Polo.

“Dibawah doublebona­nza-lukcy Dip, pelanggan yang membuat pembelian dengan resit terkumpul RM 1, 000 layak memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan. Hadiah wang tunai ini ditaja oleh Isuzu selaku penaja utama,” katanya.

Turut diadakan sempena ekspo kali ini adalah ‘Happy Hour Deals’ yang berlangsun­g setiap hari (sepanjang tiga hari) bermula dari 5 petang hingga 7 malam.

Sepanjang tempoh dua jam itu, pelanggan yang membuat pembelian RM 500 layak membeli barangan elektrik yang ditawarkan pada harga istimewa. Konsep pembelian atas pembelian ini memberi FRANCES KEE

Pengurus Kanan Acara Jualan & Pemasaran Kumpulan I.Star Ideas Factory Sdn Bhd

GERAI jualan kelihatan mula dikunjungi sebaik sahaja ia dibuka pada jam 11 pagi pada Jumaat.

peluang kepada pelanggan membeli barangan elektrik yang terpilih pada harga istimewa.

Namun perlu diingat, tawaran semasa Happy Hour ini berdasarka­n konsep ‘siapa cepat dia dapat’ kerana barangan yang ditawarkan adalah terhad.

“Hari ini kita menawarkan Panasonic Air Purifier pada harga RM 399, TV LED Panasonic 32” dengan harga RM799, Pemanas Air Elba pada harga RM399. Kesemua barangan ini dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

“Esok (25 November), barangan yang ditawarkan untuk Happy Hour adalah mesin pengisar Panasonic (RM29), oven Elba (RM149) dan periuk nasi Tefal (RM339).

“Pada Ahad, kami menawarkan kipas meja Panasonic1­2”(RM30),periuk Tefal (RM339) serta periuk nasi Panasonic (RM99),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ELBA antara gerai yang menawarkan barangan elektrik bagi menjayakan Happy Hour.
ELBA antara gerai yang menawarkan barangan elektrik bagi menjayakan Happy Hour.
 ??  ?? FRANCES memperliha­tkan set sofa Hatch yang layak dimenangi oleh pengunjung bertuah.
FRANCES memperliha­tkan set sofa Hatch yang layak dimenangi oleh pengunjung bertuah.
 ??  ?? LAMPU yang dihiasi dengan pelbagai corak di salah sebuah gerai jualan.
LAMPU yang dihiasi dengan pelbagai corak di salah sebuah gerai jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia