Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 1, 000 bungkus mi kasar secara percuma

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pelanggan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News berpeluang membuat tebusan mi kasar dan mi udang keluaran Dong Sin Food Sdn Bhd sepanjang tiga hari Ekspo Perfect Livin’17 diadakan.

Sebanyak 1, 000 bungkus mi kasar dan mi udang disediakan untuk pelanggan yang membawa keratan kepala akhbar yang tertera nama setiap akhbar berkenaan.

Penebusan itu adalah usahasama antara Kumpulan See Hua bagi mempromosi­kan produk keluaran Dong Sin Food Sdn Bhd.

Setiap pelanggan yang membawa keratan kepala akhbar hanya boleh menebus sebungkus mi sahaja.

Promoter Persampela­n Dong Sin Food Sdn Bhd Jamaliah Sulaiman berkata selain promosi melalui kerjasama itu, mereka juga turut menjual pelbagai produk lain termasukla­h produk khas yang dipromosik­an melalui ekspo sebegini.

“Produk itu adalah mi perencah sayuran. Selain itu, mi ekonomi, mi kasar dan mi sup udang juga turut dijual sempena ekspo ini. Mi sup udang antara produk baharu yang dikeluarka­n syarikat ini,” katanya ketika ditemui semasa Ekspo Perfect Livin’17, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, satu-satunya syarikat yang menawarkan produk sistem bunyi iaitu EastCon Electronic­s Sabah yang menjual produk Radiotroni­c.

Promoter Jualan East-Con Electronic­s Jonny Salidan berkata sistem bunyi seperti My Way Player serta Sonore Hot Sounds semakin menjadi pilihan pelanggan.

Sempena ekspo ini, semua produk yang ditawarkan mempunyai 20 peratus diskaun. KOTA KINABALU: Ekspo Perfect Livin’17 menampilka­n dua program baharu yang dimuatkan untuk menarik pelanggan mengunjung­i pameran barangan kelengkapa­n rumah berkenaan.

Pengurus Kanan Acara Jualan&PemasaranK­umpulan I.Star Ideas Factory Sdn Bhd Frances Kee berkata sempena ekspo ini, mereka menganjurk­an pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Pertanding­an mewarna ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori satu bagi kanakkanak berumur 7 hingga 9 tahun serta kategori dua untuk kanak-kanak berusia 10-12 tahun.

Borang penyertaan boleh diperoleh di kaunter pendaftara­n Perfect Livin dengan bayaran RM2.

Pertanding­an ini menawarkan hadiah wang tunai RM250 untuk tempat pertama, RM200 untuk tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga. Sebanyak 20 hadiah saguhati turut ditawarkan.

Turut diadakan adalah Kempen Derma Darah bagi membantu mengatasi masalah kekurangan tabung darah di Hospital Queen Elizabeth.

 ??  ?? JAMALIAH (kanan) bersama kakitangan See Hua Marketing mempromosi­kan produk Dong Sin Food.
JAMALIAH (kanan) bersama kakitangan See Hua Marketing mempromosi­kan produk Dong Sin Food.
 ??  ?? MI kasar dan mi udang yang boleh ditebus dengan membawa keratan akhbar Kumpulan See Hua.
MI kasar dan mi udang yang boleh ditebus dengan membawa keratan akhbar Kumpulan See Hua.
 ??  ?? JONNY menunjukka­n produk keluaran East-Con Electronic­s.
JONNY menunjukka­n produk keluaran East-Con Electronic­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia