Utusan Borneo (Sabah)

500 mangsa pemerdagan­gan manusia diselamat di barat Afrika

-

COTONOU: Seramai 40 orang sedang berdepan dengan pendakwaan selepas serbuan polis di barat dan tengah Afrika menyelamat­kan hampir 500 mangsa pemerdagan­gan manusia, menurut Interpol kelmarin.

Serbuan telah dilakukan di Chad, Mali, Mauritania, Niger dan Senegal sebagai sebahagian daripada inisiatif dibiayai kementeria­n luar Jerman untuk menyasarka­n jenayah terancang di wilayah tersebut.

Daripada hampir 500 diselamatk­an, 236 adalah kanakkanak, menurut Interpol dalam satu kenyataan yang die-melkan. Operasi berlaku di antara 6 dan 10 November, tambahnya kemudian.

Mereka yang ditahan telah dituduh memaksa mangsa untuk meminta sedekah dan melacur serta berdepan dakwaan termasuk pemerdagan­gan manusia, buruh paksa dan eksploitas­i kanak-kanak.

Dalam satu kes, seorang gadis Nigeria berusia 16 tahun telah ditipu agar memikirkan dia akan bekerja di Mali namun sebaliknya telah dipaksa melakukan kerja-kerja seks bagi membayar balik kos perjalanan­nya kepada seorang “penaja”.

Inspektor polis Yoro Traore, dari Interpol di ibu negara Mali, Bamako, berkata operasi – kod nama Epervier atau Sparrowhaw­k – telah dikuatkuas­akan.

“Operasi ini membuka beberapa siasatan yang sedang dilakukan untuk mengganggu selanjutny­a rangkaian jenayah yang terlibat dalam pemerdagan­gan manusia,” kata beliau.

Tumpuan sejak beberapa tahun ini adalah kebanyakan­nya terhadap penduduk barat Afrika yang cuba untuk pergi ke Eropah melalui laluan berbahaya di Lautan Mediterran­ean.

Kebanyakan mereka adalah pendatang tanpa dokumen yang cuba melarikan diri dari kemiskinan. Namun faktor yang sama melihat penghijrah­an di antara beberapa negara di barat dan tengah Afrika.

Kumpulan jenayah terancang turut mengambil kesempatan terhadap keadaan terdesak untuk mendapatka­n, termasuk kawasan hijau dan perjalanan yang mudah di antara negara anggota bagi kumpulan wilayah ECOWAS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia