Utusan Borneo (Sabah)

Insiden ketika penahanan trafik disusuli berbalas tembakan di Houston

-

TEXAS: Seorang anggota polis Texas ditembak mati semasapena­hanantrafi­kpada Hari Kesyukuran di wilayah luar bandar selatan Dallas kelmarin, membawa kepada pemburuan dan seterusnya pertempura­n senjata selepas pihak berkuasa bertembung dengan suspek berhampira­n Houston, kata pihak berkuasa.

Kejadian tembakan berlaku di Fairfield, kira-kira 90 batu di Dallas, dan suspek kemudian dikesan 125 batu jauh di selatan di Waller County.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Dabrett Black, dan menyatakan dia telah meninggalk­an kawasan itu dengan menaiki kereta kelabu Chevy Malibu.

“Suspek telah memandu ke arah Waller County, dikesan oleh pihak Waller County Deputy, tembakan telah dilepaskan di kawasan Liendo Parkway dan Wyatt Chapel. TOLONG JAUHI KAWASAN TERSEBUT. KAMI AKAN MEMAKLUMKA­N ANDA DENGAN LEBIH LANJUT KEMUDIAN!!!” kata Pejabat Syerif Waller County dalam Facebook.

Jabatan Keselamata­n Awam Texas, yang anggotanya terbunuh, tidak memberi komen lanjut.

“Hubungi pihak penguat kuasa undang-undang sekiranya mengesan dan jangan menghampir­inya,” pihak berkuasa memberi amaran di Navarro County, yang hanya di utara Fairfield, sebahagian dari Freestone County.

Sebuah helikopter Texas DPS dan beberapa anggota Waller County telah melakukan usaha pemburuan.

“Hati kami berasa sangat sedih dengan kehilangan seorang saudara kami berpakaian seragam biru,” kata Waller County. — Reuters

 ??  ?? GAMBAR serahan diperolehi oleh Reuters kelmarin menunjukka­n Dabrett Black yang disyaki menembak mati seorang anggota polis Texas dan kini sedang diburu. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan diperolehi oleh Reuters kelmarin menunjukka­n Dabrett Black yang disyaki menembak mati seorang anggota polis Texas dan kini sedang diburu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia