Utusan Borneo (Sabah)

Kereta api tergelinci­r di utara India, tiga terbunuh

-

NEW DELHI: Sebanyak 13 gerabak sebuah kereta api ekspres tergelinci­r dari landasan di utara India pada awal semalam menyebabka­n penumpang yang sedang tidur terlontar dari tempat duduk mereka dalam satu kemalangan yang menyebabka­n tiga orang terbunuh dan sembilan lagi tercedera.

Ekspres Vasco Da Gama telah terbalik dari landasan dalam keadaan kabus tebal sejurus selepas meninggalk­an stesen Manikpur di wilayah Uttar Pradesh, menurut polis.

Kereta api itu menuju dari bandar Patna di wilayah Bihar ketika kemalangan berlaku pada jam 4.15 pagi waktu tempatan ketika kebanyakan penumpang sedang tidur.

“Tigapenump­angterbunu­h den sembilan lagi tercedera. Kami telah memindahka­n mereka yang terperangk­ap di dalam gerabak dan membawa mangsa yang tercedera ke hospital,” ketua polis tempatan Pratap Gopendra Singh memberitah­u wartawan AFP.

Mangsa yang terbunuh termasuk seorang budak lelaki berusia enam tahun dan bapanya.

Singh berkata kabus yang menyelubun­gi wilayah itu telah menjejaska­n operasi menyelamat.

Beliau menyatakan sebuah landasan yang patah telah disyaki sebagai punca kemalangan itu.

Rakaman televisyen tempatan menunjukka­n sekumpulan pekerja keselamata­n membersihk­an kawasan itu dan menaikkan semula gerabak berhampira­n dengan landasan.

Trafik di landasan utama telah terganggu selama beberapa jam.

Kemalangan itu merupakan bencana terbaharu melanda perkhidmat­an kereta api India.

Rangkaian perkhidmat­an kereta api India merupakan pilihan utama bagi perjalanan jarak jauh, namun kurang pembiayaan, dan kemalangan maut sering berlaku.

Empat orang terbunuh kelmarin apabila sebuah kereta api melanggark­enderaan mereka di sebuah kawasan lintasan kereta api berhampira­n Lucknow, bandar utama Uttar Pradesh.

Kemalangan terbaharu berlaku ketika ulang tahun pertama kemalangan kereta api di wilayah yang sama di mana 146 terbunuh.

Seramai 23 penumpang terbunuh pada Ogos selepas beberapa gerabak sebuah kereta api ekspres tergelinci­r dan merempuh sebuah bangunan kolej di Uttar Pradesh.

Satu laporan kerajaan pada 2012 menyatakan hampir 15,000 terkorban setiap tahun dalam nahas kereta api India dan menyatakan kehilangan nyawa adalah “pembunuhan beramai-ramai” tahunan. — AFP

 ??  ?? PENDUDUK melihat gerabak kereta api yang tergelinci­r dekat stesen kereta api Manikpur di negeri Uttar Pradesh di utara India semalam. — Gambar AFP
PENDUDUK melihat gerabak kereta api yang tergelinci­r dekat stesen kereta api Manikpur di negeri Uttar Pradesh di utara India semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia