Utusan Borneo (Sabah)

Mencatat 97 peratus lulus UPSR

-

LABUAN: Sekolah Kluster Kecemerlan­gan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St. Anne Wilayah Persekutua­n Labuan berjaya mencatat 97 peratus lulus, iaitu sekurang-kurangnya mencapai gred D dalam kesemua matapelaja­ran Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelaksanaa­n Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) UPSR 2017 yang diperkenal­kan tahun ini.

“Sekolah itu juga turut mencapai 100 peratus lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains,” kata Guru Besar Shim Ching Teo ketika pengumuman PPSR UPSR 2017 di sekolah berkenaan pada Jumaat.

Tambahnya, pelaksanaa­n PPSR UPSR pada kali ini bukan sahaja memfokuska­n kecemerlan­gan mata pelajaran UPSR bahkan PPSR turut mengandung­i laporan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD), Pentaksira­n Psikometri­k serta Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

“Pelaksanaa­n PPSR ini akan lebih mengenali kecenderun­gan serta potensi murid kerana pentaksira­n yang dilakukan ialah secara menyeluruh dan tidak hanya sekadar pencapaian akademik.

“Pihak kami mengambil langkah proaktif hasil daripada keputusan PPSR kali ini untuk menambah baik segala kelemahan yang ada bagi mempersiap siaga calon PPSR UPSR tahun hadapan dengan mengambil kira reaksi

(kiri) bangga dengan anaknya Hariprasad (tengah) dan ibunya.

daripada guru-guru dan ibu bapa murid itu sendiri,” tambah Teo.

Bagi Sharon Leon Ambang 12, keputusan cemerlang 6A dalam ujian UPSR itu didedikasi­kannya kepada keluargany­a yang memberi sokongan serta bimbingan.

“Walaupun PPSR UPSR 2017 kali ini agak mencabar namun bukan menjadi alasan untuk terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan bidang kokurikulu­m juga,” ujarnya.

Seorang lagi murid cemerlangP­PSRUPSRsek­olah itu, Hariprasad Muniandy, 12, berterima kasih kepada tenaga pendidik SRK St. Anne Labuan yang telah membimbing dan memberi

SHIM CHING TEO

Guru Besar SRK St. Anne Labuan

galakan kepadanya dan rakan yang lain dalam menempuhi ujian PPSR UPSR yang kali pertama diperkenal­kan pada tahun ini.

Dalam pada itu, bapa kepada Hariprasad, Subramania­m Muniandy, 53 berkata dia optimis kejayaan anaknya turut dibantuden­gankecemer­langan guru-guru sekolah berkenaan

yang bertungkus-lumus mendidik para murid lebihlebih lagi dalam membentuk dan mencari potensi yang ada seperti terkandung dakam objektif PPSR UPSR kali ini.

Seramai 1,253 orang murid yang menduduki peperiksaa­n UPSR di Labuan pada tahun ini.-Penerangan

Labuan

 ??  ?? SUBRAMANIA­M
SUBRAMANIA­M
 ??  ?? MURID-MURID yang menerima keputusan PPSR UPSR 2017 merakamkan gambar kenangan bersama guru besar mereka Shim Ching Teo.
MURID-MURID yang menerima keputusan PPSR UPSR 2017 merakamkan gambar kenangan bersama guru besar mereka Shim Ching Teo.
 ??  ?? SHARON Leon Ambang (kiri) bersama ayahnya.
SHARON Leon Ambang (kiri) bersama ayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia