Utusan Borneo (Sabah)

Guru SK Pantai tidak jemu mendidik murid

-

LABUAN: Seramai 500 murid, guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlan­gan pada Ahad.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Rahmat Dasiman.

Turut hadir, Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit, Penolong Kanan HEM Azlina Abdol Garip, Penolong Kanan Kokum Abdul Kahar Abdul Rahim dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim.

Rahmat mengucapka­n sekalung penghargaa­n kepada semua guru yang tidak jemu mendidik murid sehingga berjaya.

Katanya, gandingan yang baik antara ibu bapa, staf dan semua guru telah membawa kepada kejayaan anak-anak di SK Pantai.

“Semoga penghargaa­n ini akan memberi semangat yang lebih kepada muridmurid yang berjaya menerima anugerah pada tahun ini. Hari Anugerah Kecemerlan­gan adalah kayu ukur kepada prestasi pencapaian pelajar.

“Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah cemerlang, PIBG mengucapka­n syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana ramuan kejayaan adalah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilk­an kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Pada tahun ini, pelbagai aktiviti untuk kecemerlan­gan pelajar dilaksanak­an.

Antaranya beberapa siri kelas tambahan, kelas peperiksaa­n dan kelas intensif kepada murid-murid Linus agar dapat membantu murid yang lemah.

Sehubungan itu, Rahmat menyeru ibu bapa yang

Anugerah Tokoh Murid Perdana Ili Ilham Md Hafizi dan Tokoh Murid PPKI Nurul Waheeda Jamal bersama Rahmat (tiga kiri) dan Mahani (empat kiri).

dermawan atau yang berkemahir­an dalam bidang tertentu untuk tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlan­gan pendidikan anak-anak.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam memastikan pembanguna­n sahsiah murid agar mereka selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggiha­n teknologi yang penuh dengan cabaran.

“Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang. Saya berharap agar ahli jawatankua­sa PIBG sentiasa dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah,” katanya.

Sementara itu, Mahani berkata kejayaan seorang murid bukan hanya pada usaha dan kesungguha­n yang dimainkan oleh guru semata-mata.

“Selaininsa­nyangdiiba­ratkan lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakka­n masa depan anak-anak kita.

“Malahan, paling utama kejayaan adalah terletak pada diri murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlan­gan,” katanya.

Katanya kecemerlan­gan seseorang murid bukan bergantung pada kecemerlan­gan akademik semata-mata. Selaras dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melihat perkembang­an murid secara holistik maka, Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenal­kan.

Mahani berkata PBS menilai atau mentafsir bidang akademik dan bukan akademik. Pentaksira­n pusat atau lebih dikenali dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Pentaksira­n bidang bukan akademik pula adalah pentaksira­n PAJSK dan pentaksira­n psikometri­k.

Katanya, setiap murid akan menerima empat keputusan yang sama pentingnya bagi perkembang­an seorang murid.

“Saya pasti bahawa seluruh warga sekolah khasnya dan warga Labuan amnya sudah sedar dan tahu akan kemenjadia­n anak-anak di SK Pantai,”katanya.

Setinggi-tinggi ucapan syukur ke hadrat Allah SWT sepanjang tahun 2017 banyak kejayaan yang anak-anak kita capai hasil bimbingan dan tunjuk ajar para guru yang sangat dedikasi dan hasil kerjasama ibu bapa.

Pada majlis itu, Anugerah Tokoh Murid Perdana dinobatkan kepada Ili Ilham Md Hafizi manakala Tokoh Murid Pendidikan Khas, Nurul Waheeda Jamal.

Mereka dipilih kerana berjayadal­ambidangak­ademik dan aktif dalam kokurikulu­m serta sukan dan cemerlang dalam sahsiah murid.

 ??  ??
 ??  ?? PENERIMA
PENERIMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia