Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan peluang jana pendapatan

SK Sungai Bedaun dan Jabatan Pertanian laksana Komuniti Pertanian Bandar

-

LABUAN: Program bersama Komuniti Pertanian Bandar yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutua­n Sub Zon 4 yang dipengerus­ikan oleh Haji Che Mat Haji Mustapha telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun pada Ahad.

Turut memberikan kerjasama ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Peladang Muda PPKLS, JKKK Sungai Bedaun, Jabatan Pertanian Labuan dan Lembaga Pertubuhan Peladang

Program itu dimulakan dengan acara senaman pagi atau Zumba dan seterusnya majlis perasmian yang telah disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

MenurutChe­Mat,program itu bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan pertanian bandar untuk menggalakk­an mereka menggunaka­n peluang dan ruang yang ada untuk menanam serta menghasilk­an pendapatan sampingan selain boleh digunakan untuk keperluan harian.

Selain taklimat penjagaan tanaman, turut diadakan cabutan bertuah untuk peserta yang hadir dan pameran yang disertai oleh Kospen Sungai Bedaun yang menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan secara percuma, Combi Taman Mutiara, IKS dari Kampung Sungai Lada, Kampung Bebuloh dan JKKK Sungai Bedaun sendiri sebagai tuan rumah.

Bashir juga mengambil peluang untuk melawat galeri sekolah yang menempatka­n kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SK Sungai Bedaun.

Ia merupakan salah satu peluang yang diberikan kepada pihak sekolah untuk mendedahka­n kepada warga SK Sungai Bedaun tentang pertanian bandar apabila satu memorandum persefaham­an (MoU) dimeterai antara Jabatan Pertanian Wilayah Persekutua­n Labuan yang diwakili oleh Timbalan Pengarahny­a Marysia Mondigan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun yang diwakili oleh Dg Sarifah Haji A Mahmod selaku guru besar.

Dg Sarifah berharap kerjasama itu akan dapat membantu warga sekolah, ibu bapa dan komuniti SK Sg Bedaun WP Labuan menjayakan projek KmR (Kefahaman melalui Reka bentuk) sebagai satu langkah ke arah merealisas­ikan Program Transforma­si Sekolah (TS25).

Projek itu akan diselia di bawah program 3K dengan harapan akan membantu guru membudayak­an PBS dan KBAT di dalam PdP.

KmR adalah salah satu cara untuk membantu guru memahami dan merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksira­n (DSKP) dan mereka bentuk PdP di luar bilik darjah.

Program itu telah dikendalik­an oleh seramai 45 pelajar UMSKAL dengan kerjasama Jabatan Pertanian Wilayah Persekutua­n Labuan dan SK Sungai Bedaun.

Lebih 150 orang yang terdiri daripada guruguru SK Sungai Bedaun dan penduduk Kampung Sungai Bedaun, Sungai Lada, Bebuloh dan Taman Mutiara menghadiri program itu.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah BTPN Labuan Awang Marten Abd Rahman dan Ketua Kampung Sungai Bedaun Morshidi Mokhtar.

 ??  ?? BASHIR (lima kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara Jabatan Pertanian Wilayah Persekutua­n Labuan dan SK Sungai Bedaun.
BASHIR (lima kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara Jabatan Pertanian Wilayah Persekutua­n Labuan dan SK Sungai Bedaun.
 ??  ?? PELAJAR UMSKAL tidak melepaskan peluang bergambar bersama Bashir, Dg Sarifah dan Che Mat.
PELAJAR UMSKAL tidak melepaskan peluang bergambar bersama Bashir, Dg Sarifah dan Che Mat.
 ??  ?? BASHIR diiringi Dg Sarifah dan Che Mat (belakang) melawat Galeri Permata SK Sungai Bedaun.
BASHIR diiringi Dg Sarifah dan Che Mat (belakang) melawat Galeri Permata SK Sungai Bedaun.
 ??  ?? SALAH seorang hadirin yang memenangi cabutan tiket bertuah.
SALAH seorang hadirin yang memenangi cabutan tiket bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia