Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Public Distortion 2017 di Oasis Square, 9 Dis ini

-

VENUE Oasis Square yang terletak di tengah pusat komersil Oasis Damansara, Kuala Lumpur pada 9 Disember 2017 ini bakal bergegar dengan Konsert Public Distortion 2017 yang akan menampilka­n dua kumpulan rock iaitu Prime Domestic dan juga XPDC.

Walaupun Prime Domestic adalah sebuah kumpulan baharu namun ia dianggotai oleh mereka yang cukup berpengala­man antaranya ialah Joe bekas pemain gitar kumpulan Wings dan juga Hillary Ang yang pernah menyertai beberapa nama besar kumpulan rock tempatan antaranya Search.

Selain itu, Prime Domestic turut dibantu oleh Aweera sebagai vokalis, Fauzi sebagai pemain bass dan juga Ainol pemain drum.

Kemunculan Prime Domestic di Konsert Public Distortion 2017 ini antara yang ditunggutu­nggu kerana mereka bakal mengeluark­an album sulung yang bertajuk ‘Prima Domestika’ dan bakal membawakan lagu-lagu terbaru mereka.

XPDC yang dibarisi oleh Ali, Izo, Lola dan Eddie sebenarnya adalah kumpulan yang tidak perlu diperkenal­kan.

Mereka adalah raja funfair dan membentuk trend dengan muzik Metal 60an, walaupun perselisih­an faham dan telah membentuk dua nama XPDC, antara mereka kekal dengan peminat yang tersendiri.

Konsert Public Distortion 2017 anjuran bersama J&J Rochestra dan Life Space di Oasis Square, Oasis Damansara dijangka akan bermula pada jam 9 malam dan berlangsun­g selama selama tiga jam.

Konsert Public Distortion 2017 juga telah berkerjasa­ma bersama Grab untuk memudahkan peminat hadir ke

Oasis Square dan juga memberikan diskaun.

Lokasi Oasis Square juga memudahkan para peminat yang hadir kerana mempunyai lebih empat ribu tempat letak kereta.

Harga tiket yang bermula daripada RM68 boleh didapati secara online di www.ilassotick­ets.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia