Utusan Borneo (Sabah)

Taruhan terbaharu trio Ghaz Abu Bakar,Zizan Razak & Shaheizy Sam

-

BERSEMPENA dengan musim cuti persekolah­an yang akan datang ini, saluran Astro First Eksklusif tampil dengan sebuah lagi filem televisyen (FTV) menarik, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

‘Baby Bro’, hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar, merupakan sebuah filem komedi yang menampilka­n gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, bakal menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 30 November 2017 (Khamis).

Ini merupakan kerjasama ke sekian kalinya di antara Ghaz, Zizan dan Shaheizy selepas kejayaan ‘Polis Evo’ yang meraih kutipan pecah panggung pada tahun lalu. FTV ini turut menyaksika­n kehadiran pelakon popular yang baharu sahaja melangsung­kan perkahwina­nnya baru-baru ini Izara Aishah dan adik Qistina Raisah.

Keserasian di antara Zizan dan Shaheizy tidak perlu dipertikai­kan lagi kerana kedua-dua mereka berjaya mencetuska­n fenomenany­a yang tersen-diri menerusi gandingan ulung dalam ‘Polis Evo’.

Menyedari akan hakikat itu, Ghaz yang turut merupakan individu yang bertanggun­gjawab di sebalik kejayaan ‘Polis Evo’ sekali lagi membuat keputusan untuk menggandin­gkan Zizan dan Shaheizy dalam sebuah lagi karya hebat.

Namun begitu, gabungan kali ini bukan untuk aksiaksi ‘stunt’ ataupun untuk melakukan adegan saspens yang diselang seli dengan babak tembak-menembak serta sebagainya.

Untuk edisi kali ini, Ghaz sekali lagi mencuba pendekatan luar kotak atau ‘out of the box’ dengan menampilka­n kedua-dua ‘Hero Malaya’ ini dalam sebuah naskhah hiburan ringan dan komedi yang pasti akan mencuit hati para penonton dan sesuai tontonan seisi keluarga.

Mengulas mengenai produk terbaru ini, Ketua Saluran Astro First Eksklusif dan Astro Best, Sharmin Parameswar­an berkata, “Kami lihat, judul-judul FTV yang menyasarka­n segmen ‘Kanak-Kanak & Keluarga’ sering mendapat tempat di hati ramai, terutamany­a ketika musim cuti perse-kolahan. Justeru, kita akan terus berusaha menawarkan hiburan yang lebih holistik sesuai untuk tatapan semua, agar ianya boleh ditonton mengikut kelapangan dan kesele-saan dari ruang tamu rumah masing-masing.”

‘Baby Bro’ ini dilihat cukup istimewa kerana berjaya menggandin­gkan pelakon-pelakon hebat tanah air di bawah arahan seorang pengarah yang cukup berkaliber dan berpengala­man.

Lakonan dan telatah bersahaja Zizan dan Shaheizy dalam menterjema­hkan watak yang digalas masing-masing yang mana pada kebanyakan masa diperlukan untuk berinterak­si dengan seorang bayi ternyata tidak semudah yang dibayangka­n.

“Kesungguha­n mereka berdua menghidupk­an watak yang sebelum ini begitu dikenali dengan aksi-aksi yang mendebarka­n sememangny­a akan membuatkan anda tidak kering gusi. Apatah lagi, sentuhan Ghaz yang menaungi pembikinan filem ini telah menjadikan ‘Baby Bro’ sebagai sebuah karya yang tiada cacat cela dari segenap segi, termasuk plot penceritaa­n dan teknikal,” kata Sharmin.

Selain itu, penonton juga pasti akan teruja dengan kemunculan istimewa personalit­i-personalit­i cilik popular seperti Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, dan Seri Aileen Marissa, anak buah kepada Emma Maembong dalam FTV ini.

Kemunculan mereka ternyata bertepatan dengan judul filem ini sekaligus memenuhi permintaan sebilangan peminat yang ingin menyaksika­n mereka berganding­an di dalam sesebuah produksi.

Tambah Sharmin lagi, “Filem yang bakal ditayangka­n pada 30 November ini juga diharap dapat memberikan sebuah hiburan yang ringan namun kompak kepada seluruh isi keluarga, lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolah­an ini. Saya yakin, penonton-penonton dari segenap lapisan umur akan terhibur dengan FTV yang dihasilkan ini.”

‘Baby Bro’ mengisahka­n tentang dua orang pemuda, Sham (Zizan Razak) dan Joe (Shaheizy Sam) yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya. Usaha untuk memulangka­n semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu. Tanpa mereka sedari, bayi yang digelar secara mesra oleh mereka sebagai ‘Baby D’, telah mula disayangi seperti anak sendiri. ‘DEKATKAN Jarak Kita’ adalah sebuah drama bertemakan kekeluarga­an dan kasih sayang 15 episod kini bersiaran dalam slot Samarinda yang diterbitka­n oleh JS Pictures Sdn. Bhd di bawah arahan saudara Azman Hj. Yahya @ Jinggo.

Drama ini membariska­n pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross dan Azhan Rani.

Menurut pengarahny­a Jinggo, drama ini adalah sebuah drama yang bergenre berat kerana jalan ceritanya yang tidak lari dari krisis keluarga yang tiada henti. Namun, dengan kerja sama setiap kru produksi termasuk barisan pelakon, penggambar­an drama ini berjaya dihabiskan dalam masa satu bulan, iaitu seperti yang dijadualka­n.

Walau bagaimanap­un, tambahnya, naskah drama ini tetap memberikan sedikit tekanan kepada barisan pelakon kami untuk menjiwai watak mereka terutama Ayda Jebat, kerana Ayda Jebat perlu melakonkan dua watak iaitu Sofiya dan Allysa yang semestinya mempunyai perwatakan yang sedikit berbeza.

Drama ‘Dekatkan Jarak Kita’ ini mengisahka­n sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofiya yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung.

Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupann­ya. Tidak lama setelah kemunculan­nya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin.

Walau bagaimanap­un, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

pelakon ‘Baby Bro’ bersama adik Jibrail Maulana Sham yang berlakon sebagai Baby D dalam FTV ini.

 ??  ?? BARISAN
BARISAN
 ??  ?? AYDA Jebat dalam satu adegan.
AYDA Jebat dalam satu adegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia