Utusan Borneo (Sabah)

CDER UNTUK SABAH

Langkah APM untuk hulur bantuan waktu bencana

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mewujudkan Pasukan Tindak Pantas Bencana (CDER) yang pertama di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjay­a APM Mej.Jen.(B)Dato’AzmyYahya berkata setakat ini pihaknya sudahpunme­nubuhkanCD­ER di beberapa negeri dan Sabah pula bakal menyusul.

“Kita akan mewujudkan CDER di peringkat daerah dan komuniti melibatkan mereka yang akan menerima latihan daripada APM untuk tindakan awal mengurus bencana.

“Kita harap proses ini akan segera dilakukan di Sabah menerusi pelantikan pegawai daerah sebagai pengerusi CDER dan ketuaketua komuniti selaku ketua pasukan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu dilaksanak­an sesuai dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim supaya CDER diwujudkan di seluruh negara.

Bagaimanap­un, setakat ini APM masih belum membuat keputusan mengenai daerah yang pertama akan menjadi perintis kepada kewujudan CDER di Sabah.

Azmy ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Penutup Kursus Bakal Pegawai dan Guru Penyelaras Kadet APM Zon Tenggara Sabah 2017 di sini, Jumaat.

Sempena majlis itu, pingat pertahanan awam dianugerah­kan kepada warga APM termasuk Penolong Pesuruhjay­a Bersekutu (Pertahanan Awam) Datuk Kour Nam Ngum.

Mengulas lanjut, beliau berbangga dengan prestasi cemerlang APM semenjak hampir dua tahun memainkan peranan sebagai Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana.

“Kita juga sedang bersiapsed­ia dalam menghadapi cabaran monsun timur laut yang mendatang, khususnya dari segi keanggotaa­n, latihan dan aset-aset yang ada,” katanya.

Menurutnya, APM memiliki data lengkap mengenai kawasan yang kritikal dan berisiko tinggi dilanda banjir berpanduka­n maklumat-maklumat Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata APM juga komited menambah keanggotaa­nnya untuk mencapai sasaran 3 juta orang pada 2018 berbanding 1.6 juta anggota setakat ini.

 ??  ?? AZMY turut berkesempa­tan merasmikan mural pada bangunan yang dihasilkan oleh Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Tawau.
AZMY turut berkesempa­tan merasmikan mural pada bangunan yang dihasilkan oleh Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia