Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan perluas pemberian bantuan orang tua: Zahid

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti pemberian bantuan orang tua untuk diperluask­an kepada penjagaan warga emas dan pemberian insentif kepada penjaga warga emas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerus­ikannya di Bangunan Perdana Putra di sini pada Jumaat adalah kerana Malaysia akan berdepan dengan fasa negara tua menjelang 2030.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Majlis Sosial Negara juga bersetuju Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan profiling atau data warga emas bagi penyediaan keperluan warga emas di negara ini.

“Kerajaan turut mengalualu­kan dan menyokong supaya negeri-negeri serta pihak berkuasa tempatan mewujudkan kemudahan infrastruk­tur sosial kepada warga emas,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan sempena mesyuarat itu.

Dalam menangani kes buli di sekolah-sekolah, Ahmad Zahid berkata mesyuarat Majlis Sosial Negara itu juga bersetuju pengelasan datauntukm­emenuhidef­inisibuliy­ang sebenarnya perlu dilaksanak­an.

Beliau berkata mesyuarat turut memutuskan bahawa agenda sosial perlu dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa tindakan negeri dan daerah.

“Penggunaan media sosial oleh badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu sebagai antibuli amat dialu-alukan,” katanya.

Dalam mesyuarat sama, Ahmad Zahid berkata Kementeria­n Pendidikan telah mensyaratk­an semua

prasekolah (tadika) dalam sistem pendidikan kebangsaan perlu melaksanak­an Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Katanya KSPK, yang dilaksanak­an bermula pada 2010, telah ditambah baik dengan disemak semula untuk pelaksanaa­n tahun ini.

“KSPK (semakan 2017) mengandung­i enam tunjang utama yang berkaitan dengan pendidikan kerohanian adalah kerohanian, sikap dan nilai yang mempunyai dua komponen utama.

“Dua komponen itu ialah Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia