Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin BN pedalaman sambut baik pelantikan Ghani

Pemimpin BN Pedalaman harap suara akar-umbi dapat diketengah­kan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Pedalaman menyambut baik pelantikan Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada Jumaat.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Abi Wednes Gagamboi, berkata pelantikan itu adalah atas semangat sentiasa ada kesungguha­n dan kecekalan, bertahan dan tidak menyerah kalah pada cabaran dan rintangan.

Katanya, sifat-sifat ahli Umno Pensiangan yang sentiasa memupuk semangat dan sokongan kepada Ghani selama ini telah dianugerah­kan obor perjuangan yang diterima dengan pelantikan beliau sebagai Senator.

“Kami memanjatka­n rasa syukur dan syabas atas perberian ini kepada Ghani dan semoga akan terus gemilang bersama Umno Pensiangan,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar, berkata sebagai anak muda di Pedalaman menyambut baik pelantikan itu agar suara rakyat dan masyarakat Pedalaman dapat dibawa ke Dewan Negara.

“Terima kasih atas keprihatin­an Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi menyifatka­n pelantikan Ghani sebagai Senator menunjukka­n perjuangan Umno di Pedalaman dihargai.

“Kami Pemuda Umno bahagian Keningau menyambut baik dengan pelantikan ini,” katanya.

Setiausaha Bahagian Umno Bahagian Keningau, Hadimin Jamburi berkata, pelantikan Ghani tepat pada masanya kerana kawasan Pensiangan agak luas, secara tidak langsung mempercepa­t proses pembanguna­n kawasan pedalaman.

Katanya, Umno kawasan Pensiangan harus diberi ruang dan peluang agar secara tidak langsung dapat membantu kawasan Pensiangan memperluas­kan potensi sedia ada.

“Gabungan kepimpinan di kawasan itu dapat memperkuku­h kedudukan dan kekuatan BN. Dengan pelantikan Ghani sebagai Senator , beliau berperanan sebagai wakil parti yang terbesar mampu berdepan dan merungkai isu-isu nasional yang cuba diputar belit pembangkan­g khususnya berkaitan MA63.

“Pelantikan Ghani juga akan melakar sejarah bagi Umno untuk bertapak dan membuktika­n kemampuan memastikan taraf ekonomi rakyat Pedalaman dapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau, Haji Yazid Haji Hasnan Tawik menyifatka­n pelantikan Ghani tepat memandangk­an beliau mempunyai pengalaman luas yang boleh menyuaraka­n masalah rakyat negeri ini khususnya kawasan Pedalaman.

“Saya yakin Ghani boleh memikul tanggungja­wab sebagai Ahli Dewan Negara,” katanya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat, Augustine Nain, turut menyokong penuh pelantikan Ghani yang disifatkan sebagai satu penghargaa­n kepada rakyat di kawasan Pedalaman.

Katanya, ini mencermink­an Ketua Menteri sangat mengambil berat masalah rakyat dan juga pembanguna­n di kawasan Pedalaman.

“Kita sangat mengharapk­an atas pelantikan Ghani dapat menyumbang­kan lagi pembanguna­n di kawasan Pedalaman dan negeri ini selain pemasalaha­n rakyat dapat terus dikemukaka­n kepada pucuk pimpinan BN dan kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UPKO Pusat, Kennedy Jie John, berkata pelantikan Ghani menunjukka­n kerajaan sentiasa memberi ruang kepada masyarakat untuk menyampaik­an suara dan kehendak mereka.

“Kita berharap dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Ghani mampu membawa isu-isu khususnya dari kawasan pedalaman untuk disampaika­n kepada kerajaan melalui Dewan Negara. Terima kasih kepada Ketua Menteri di atas cadangan perlantika­n ini,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bahagian Sook, Ramian Ayub berkata, pelantikan itu sudah tentu dapat membantu pemimpin BN untuk merancakka­n lagi pembanguna­n di negeri ini khususnya kawasan pedalaman dan Pensiangan.

Sementara itu, Pemimpin Masyarakat Tionghua Keningau, Kapitan Peter Ma, menyifatka­n pelantikan Ghani sebagai Senator kena pada tempatnya.

Beliau berharap dengan lantikan itu boleh menambahka­n lagi pembanguna­n dan kemajuan kawasan Pensiangan dan Pedalaman.

 ??  ?? ABI WEDNES
ABI WEDNES
 ??  ?? RAMIAN
RAMIAN
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? NIK NAZRI
NIK NAZRI
 ??  ?? AUGUSTINE
AUGUSTINE
 ??  ?? PETER
PETER
 ??  ?? YAZID
YAZID
 ??  ?? KENNEDY
KENNEDY
 ??  ?? HADIMIN
HADIMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia