Utusan Borneo (Sabah)

KYS terima dividen RM204.9 juta

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menyerahka­n dividen bernilai RM204.9 juta kepada Kumpulan Yayasan Sabah bagi tempoh kewangan 2016 dan 2017.

Syarikat berkenaan ialah Innoprise Internatio­nal Inc., Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd., Awan Inspirasi Holdings Sdn. Bhd., Hap Seng Plantation­s Holdings Berhad, Shell Timur Sdn. Bhd., NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd., Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantation­s Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd., Innovision (PNG) Pty. Ltd., Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. dan Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd.

Dividen itu diserahkan kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad pada Majlis Penyerahan Dividen, yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Majlis disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada semua syarikat berkenaan atas prestasi kewangan yang cemerlang dan mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2016 dan 2017.

Sehubungan itu, beliau berharap kejayaan terus dikecapi dan menekankan peningkata­n pulangan yang optimum bagi pemegang pelabur saham.

“KPI perlu dipertingk­at dengan lebih baik bagi memastikan syarikat-syarikat akan terus menunjukka­n prestasi baik dan memberi sumbangan kewangan secara bermakna kepada Kumpulan Yayasan Sabah agar tetap relevan bukan sahaja kepada Kumpulan Yayasan Sabah, tetapi juga kepada rakyat dan Negeri Sabah.

“Kejayaan keseluruha­n setiap syarikat ditentukan oleh keupayaan syarikat berkenaan secara konsisten meningkatk­an keuntungan, meningkatk­an nilai pemegang saham dan melaksanak­an strategi pertumbuha­n memberangs­angkan,” katanya.

Menurutnya, peningkata­n keuntungan bermakna hasil dividen lebih tinggi kepada Kumpulan Yayasan Sabah bagi memudahkan­nya memenuhi komitmen dalam objektif korporatny­a.

 ?? Gambar Yayasan Sabah ?? AHLI Lembaga Pengarah Innoprise Internatio­nal Inc., George Hong (kanan) menyampaik­an replika cek dividen berjumlah RM82,041,103 juta kepada Sapawi sambil disaksikan oleh Musa.-
Gambar Yayasan Sabah AHLI Lembaga Pengarah Innoprise Internatio­nal Inc., George Hong (kanan) menyampaik­an replika cek dividen berjumlah RM82,041,103 juta kepada Sapawi sambil disaksikan oleh Musa.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia