Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 17,171 berjaya peroleh pekerjaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Seramai 17,171 orang berjaya memperoleh penempatan pekerjaan melalui pelbagai karnival dan ekspo pekerjaan yang diadakan sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Pekerjaan (Jobs Malaysia) Jabatan Tenaga Kerja, Othman Abdullah, berkata pencari kerja memperoleh penempatan itu melalui 26 karnival kerjaya dan ekspo pekerjaan yang diadakan di seluruh Sabah.

Pencari kerja yang memperoleh penempatan pekerjaan itu terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehinggala­h golongan siswazah.

Antara program dilaksanak­an sebelum ini termasuk Karnival Kembara Kerjaya Sabah serta Kembara Kerjaya berkonsepk­an Train Ride Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Ekspo Pekerjaan Sabah di Imago Mall, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat mengingatk­an golongan belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan.

Beliau berkata golongan belia seharusnya memperting­kat kemahiran diri masingmasi­ng bagi mengisi peluang pekerjaan berasaskan kemahiran yang ditawarkan di pasaran pekerjaan.

“Sindrom terlalu memilih pekerjaan harus dielakkan demi kemajuan rakyat dan negeri yang kini berdepan dengan era global yang penuh dengan persaingan,” katanya selepas Majlis Perasmian Ekspo Pekerjaan Sabah 2017.

Hamisa juga menyaranka­n golongan belia di Sabah supaya sentiasa merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam bidang ekonomi serta latihan.

“Pelbagai inisiatif disediakan kerajaan untuk belia tempatan memperoleh pekerjaan. Program berterusan yang dilaksana kerajaan ternyata berjaya mengurangk­an kadar penganggur­an sehingga lima peratus pada tahun ini,” katanya.

Ekspo disertai 21 agensi kerajaan dan swasta itu menawarkan 1,322 peluang pekerjaan kepada golongan belia di sekitar bandaraya ini.

 ??  ?? HAMISA (tengah) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Datuk Bruno Vun (kanan) dan Ketua Penolong Setiausaha KPSKTM Moira David (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian Ekspo Pekerjaan Sabah 2017...
HAMISA (tengah) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Datuk Bruno Vun (kanan) dan Ketua Penolong Setiausaha KPSKTM Moira David (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian Ekspo Pekerjaan Sabah 2017...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia