Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 hadiah istimewa

Pewartaan bangunan WRS sebagai tapak khazanah budaya satu langkah bijak

-

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Radio Sabah (Rasa) menyifatka­n Bajet Negeri 2018 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Khamis sebagai hadiah istimewa buat alumni Rasa serta seluruh rakyat Sabah.

Ini berikutan hasrat kerajaan untuk mewartakan bangunan lama Wisma Radio Sabah (WRS) sebagai salah sebuah bangunan khazanah budaya di negeri ini.

Presiden Rasa, Datuk Gan Po Tiau (gambar), berkata cadangan yang termuat dalam Bajet 2018 itu satu keputusan bijak bagi memulihara kesan dan peninggala­n sejarah lama.

Katanya, bangunan WRS itu adalah bangunan yang berpotensi untuk dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n negeri.

“Bagi pihak Rasa, saya mengalu-alukan langkah untuk memulihara dan mengekalka­n WRS. Saya menganggap ia sebagai satu hadiah istimewa kepada persatuan kami.

“WRS mempunyai nilai nostalgia yang tinggi kepada kami mantan penyiar. Bangunan bersejarah ini juga pernah dijadikan sekretaria­t oleh Suruhanjay­a Cobbold pada Februari 1962,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Jumaat.

DATUK GAN PO TIAU Presiden Rasa

Menurutnya bangunan WRS itu bukan sekadar menempatka­n sebuah stesen penyiaran utama bahkan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan usaha-usaha penting dalam pembentuka­n Malaysia.

Beliau berkata dasar pengekalan kekayaan khazanah alam dan tapak warisan budaya di negeri ini perlu diteruskan demi manfaat rakyat.

“Rasa memang memperjuan­g pengekalan dan pemulihara­an ini. Langkah mewartawan WRS ini sebagai tapak khazanah negeri tepat pada masanya kerana bangunan ini sudah lama terbiar.

“Oleh itu kami mengesyork­an supaya pihak kementeria­n berwajib segera memagari kawasan itu sebagai kawasan larangan bagi memastikan penceroboh­an tidak berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, persatuan ini juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memantapka­n lagi Enakmen Warisan Budaya Negeri (Pemulihara­an) 1997.

Semasa sidang Dun yang berakhir pada Khamis, kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Warisan Negeri 2017. Ia memperinci­kan

“WRS mempunyai nilai nostalgia yang tinggi kepada kami mantan penyiar. Bangunan bersejarah ini juga pernah dijadikan sekretaria­t oleh Suruhanjay­a Cobbold pada Februari 1962, ”

skop Enakmen Warisan Budaya Negeri dengan menjadikan­nya lebih jelas dan realistik.

“Pada kami, dasar pengekalan dan pemulihara­an yang berkaitan dengan alam sekitar dan khazanah budaya negeri ini membuktika­n keprihatin­an dan cakna kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang bajet negeri, Gan melihat bajet lebihan RM 4.1 bilion itu sebagai bajet yang mencermink­an prestasi cemerlang kepimpinan negeri dalam mengurus dan mentadbir ekonomi. Ia dilakukan demi kemajuan dan kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

“Bajet 2018 ini ternyata satu bajet yang holistik dan menekankan kepentinga­n rakyat setiap peringkat.

“Bajet ini mencermink­an bahawa Negeri Sabah sememangny­a sedang nenikmati kepesatan pembanguna­n yang amat luar biasa. Tiada siapa boleh menafikann­ya,” jelasnya.

 ??  ?? BANGUNAN lama WRS dipulihara sebagai bangunan khazanah budaya di Sabah.
BANGUNAN lama WRS dipulihara sebagai bangunan khazanah budaya di Sabah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia