Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ‘No Gadget Hour’ kukuhkan hubungan kekeluarga­an

-

IPOH: Kempen ‘No Gadget Hour’ oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) di Perak bertujuan memastikan ibu bapa menggunaka­n masa seharian dengan lebih berkualiti bersama anak-anak berbanding mengutamak­an penggunaan gajet.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim berkata kempen berkenaan bertujuan mengukuhka­n lagi hubungan dan interaksi di antara ibu bapa dan anak-anak serta ahli keluarga.

“Perkembang­an teknologi media sosial hari ini menunjukka­n bahawa masalah gejala, keruntuhan moral dalam kalangan anggota keluarga dan anak-anak menjadi semakin kompleks.

“Jangan disebabkan penggunaan telefon pintar atau gajet, keluarga boleh jadi kacaubilau, suami isteri bergaduh atau bercerai, anak-anak terabai malah lebih buruk apabila anak-anak terjerumus dengan pelbagai aktiviti tidak sihat dan jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2017 peringkat negeri Perak, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Rusnah menyeru ibu bapa supaya meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dengan mengehadka­n atau tidak menggunaka­n gajet semasa bersama ahli keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN Abdul Shukor Abdullah berkata kempen ‘No Gadget Hour’ memfokuska­n kepada nilai-nilai masyarakat dari segi sikap, tingkah laku, corak berfikir dan norma dalam amalan seharian untuk mengekalka­n kebahagiaa­n serta keharmonia­n dalam institusi keluarga.

Katanya perkembang­an media sosial masa kini seperti Facebook, WhatsApp, WeChat serta Twitter menyebabka­n anak-anak lebih banyak menghabisk­an masa seharian dengan gajet sehingga mereka bersikap antisosial, tidak mahu berinterak­si serta tidak mahu mendengar kata ibu bapa.

“Terdapat anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa kerana mereka lebih kerap mendamping­i gajet berbanding meluangkan masa dan berinterak­si bersama anak-anak,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia