Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid sokong cadangan penubuhan Suruhanjay­a Pendidikan

-

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) supaya Suruhanjay­a Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaa­n dan kesinambun­gan pelaksanaa­n dasar pendidikan negara.

Beliau berkata kewujudan suruhanjay­a tersebut juga dilihat perlu bagi mengelak berlaku perubahan serta pengenalan dasar-dasar baharu setiap kali menteri pendidikan dan menteri pendidikan tinggi berubah.

“Saya amat menyokong jika Suruhanjay­a Pendidikan ini mahu diusulkan. Kita mahu melihat supaya suruhanjay­a ini mengunggul­i dasar-dasar pendidikan yang harus dipatuhi oleh semua menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan. (Dasar) jangan perlu berubah apabila menterinya berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) ke-63 di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, dalam ucapannya Presiden GPMS Zambri Mohd Isa mencadangk­an penubuhan suruhanjay­a itu bagi memandu sistem pendidikan negara agar sentiasa konsisten dan berada pada landasan yang tepat.

Ahmad Zahid berkata Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan yang ada ketika ini hanya menyemak skima pendidikan.

Justeru, Suruhanjay­a Pendidikan akan dapat menjamin agenda pendidikan nasional dapat dicapai khususnya dalam wawasan negara merealisas­ikan Transforma­si Nasional 2050.

“Jangan jadikan murid dan pelajar kita dimasukkan dalam makmal ujian. Mereka bukan bahan uji kaji.

“Mereka ialah aset negara yang harus diperkasak­an. Jangan ada agenda peribadi dan pemikiran sempit dalam sektor pendidikan,” katanya.

Dalam itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata agenda GPMS yang memperjuan­gkan pendidikan Melayu tidak bererti NGO tersebut rasis dan membenci sistem pendidikan lain dalam masyarakat majmuk Malaysia. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia