Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan premis perniagaan untuk jana pendapatan

-

KOTA MARUDU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting menyaranka­n persatuan atau badan tertentu supaya mewujudkan premis perniagaan seperti kedai jahit dan kuih-muih tempatan, untuk menjana pendapatan dalam kalangan ahli.

Katanya, pengwujuda­n premis perniagaan membolehka­n ahli-ahli memasarkan hasil masing-masing terus kepada pengguna.

Beliau berkata sudah banyak kursus bagi kedua-duanya bidang berkenaan dijalankan, justeru ia perlu dimanfaatk­an untuk menjana pendapatan.

Menurutnya, dengan mewujudkan premis perniagaan, maka kemahiran serta pengalaman diperolehi tidak hilang begitu saja, malah boleh menambahka­n pendapatan.

“Berniaga melalui kemahiran diperolehi boleh menjana pendapatan berlipat ganda jika benar-benar diusahakan, sekali gus membantu meringanka­n beban keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Serentak Kursus Menjahit Linangkit Pakaian Etnik Dusun Luba dan Kursus Membuat Bun, Kek serta Kueh Mueh Tempatan Dusun Luba Sabah di Kampung Togop Tagaroh, dekat sini petang Jumaat.

Kursus itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Wanita Dusun Luba Sabah (PDLS), Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Kota Marudu.

Anita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tandek berkata sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kerajaan negeri banyak menganjurk­an pelbagai kursus untuk golongan wanita, bertujuan menggalakk­an mereka memulakan perniagaan yang boleh menjana pendapatan.

Beliau mengingatk­an rakyat supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memohon peruntukan menerusi pelbagai agensi berkaitan seperti Mara dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selain institusi perbankan.

Anita menghargai usaha murni JHEWA selama ini yang banyak membantu persatuan wanita untuk menganjurk­an kursus kemahiran.

Terdahulu, Ketua Wanita Dusun Luba Sabah merangkap pengerusi penganjur, Zubaidah Kamarudin, berharap peserta memanfaatk­an pengalaman kursus berkenaan walaupun tempohnya agak singkat.

“Kita harap peserta meneruskan usaha murni ini di tempat masing-masing agar kemahiran yang diperolehi tidak pupus ditelan zaman.

“Untuk itu, kami berhasrat membuka kedai jahit pakaian etnik Dusun Luba secara kecilkecil­an, dan kami memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM5,000 sebagai modal permulaan,” katanya.

Wakil penganjur membuat bun, kek dan kuih-muih tempatan, Witistina Salag, pula berkata bidang berkenaan memerlukan komitmen tinggi peserta untuk menjadi usahawan berjaya pada masa depan.

Ini, katanya, kerana bidang berkenaan memerlukan kemahiran, kesabaran serta kesungguha­n untuk memperoleh­i produk berkualiti dan diminati ramai.

Kursus menjahit Linangkit pakaian etnik Dusun Luba diadakan selama dua hari. Ia disertai 10 peserta terdiri Zubaidah Kamarudin, Daratiah Majingkin, Nordiyanah Abdul, Russeh Maudin, Kuniah Maudin, Maitah Malundin, Darainne Mial, Sopinah Malingai, Hasnah Fred dan Lomsik Lyanak. Jurulatih mereka pula ialah Notiah Wandak.

Kursus membuat bun, kek dan kuih-muih tempatan pula disertai pesertanya terdiri Laritah Gisal, Marchilla Gonearh, Amie Chin, Bornikah @ Florika Guduk, Ervinna Harnod, Marianah Yanggu, Mary Guduk, Mary Odiak, Melencia Limit, Asianah Guling, Poisi Randaman, Roseline Salapan, Supinah Kuak, Witistina Salag, Rosenie Liging, Petrina Kobindong, Mariani Gundalieu, Rosneh Mintal, Ereyimih Mindulung, Shilla Vera Doukin, Rachel Guling, Muntin Kenjin, Erine Surong, Lapiah Soguman, Katrin Tulas, Suejane Malupin dan Lornah Malupin. Pengerusin­ya, Mary Valintian manakala jurulatih, Norlin Teo

 ??  ?? ANITA
(dua kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus bahagian jahitan kepada Nordiyanah Abdul disaksikan Tinah (tengah) Daratiah dan Hilton (kanan) serta Zubaidah (kiri).
ANITA (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus bahagian jahitan kepada Nordiyanah Abdul disaksikan Tinah (tengah) Daratiah dan Hilton (kanan) serta Zubaidah (kiri).
 ??  ?? ANITA merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus membuat bun, kek dan kuih muih tempatan.
ANITA merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus membuat bun, kek dan kuih muih tempatan.
 ??  ?? ANITA mengabadik­an gambar kenangan bersama peserta kursus menjahit linangkit pakaian etnik Dusun Luba.
ANITA mengabadik­an gambar kenangan bersama peserta kursus menjahit linangkit pakaian etnik Dusun Luba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia