Utusan Borneo (Sabah)

Harap lebih ramai sertai 1R1J

Untuk perangi demam denggi seluruh negeri

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berharap lebih ramai masyarakat menyertai Satu Rumah Satu Juara (1R1J).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata program berkenaan adalah bagi memerangi wabak demam denggi melalui aktiviti gotong royong.

“Saya juga berharap agar lebih ramai penduduk taman-taman perumahan menyertai program ini.

“Kawasan inilah sukar bagi kita untuk menjalanka­n aktiviti cari dan musnah mahupun menjalanka­n gotong royong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program 1R1J di sini pada Selasa.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi DBKK Noorliza Awang Alip.

Tambahnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sedang mengembang­kan program 1R1J di seluruh negeri.

“Usaha ini tertumpu pada lokasi yang pernah dan berpotensi menjadi kawasan wabak denggi.

“Dalam pada itu, apa yang perlu dilakukan isi rumah adalah berhubung dengan pejabat kesihatan yang berdekatan dan memaklumka­n untuk menyertai 1R1J,” jelasnya.

Jelasnya setiap isi rumah yang menyertai 1R1J mempunyai seorang penggerak dalam memerangi demam denggi.

Menurutnya program 1R1J itu menyasarka­n ketua isi rumah atau ahli keluarga sebagai penggerak atau sukarelawa­n.

“Isi rumah yang menyertai program ini akan diberikan latihan berkenaan dengan demam denggi, kemahiran komunikasi dan latihan amal mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Mereka juga didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan demam denggi,” jelasnya.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (RKPBV) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Koay Teng Koon.

 ??  ?? NOORLIZA (kanan) dan Koay menyempurn­akan gimik penanaman serai wangi yang mampu menghalau nyamuk aedes.
NOORLIZA (kanan) dan Koay menyempurn­akan gimik penanaman serai wangi yang mampu menghalau nyamuk aedes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia