Utusan Borneo (Sabah)

KDN, PDRM komited kurangkan kes jenayah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited untuk menentukan kadar perlakuan jenayah dalam negara dapat dikawal dan dikurangka­n setiap tahun.

Pelbagai program pencegahan jenayah telah diperkenal­kan untuk mengurangk­an tahap kebimbanga­n rakyat.

Kegiatan jenayah indeks bagi Perbandara­n Sandakan masih lagi dibawah kawalan dan tidak menunjukka­n peningkata­n yang ketara.

Menteri Dalam Negeri demikian memberitah­u semasa menjawab pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin di Dewan Rakyat.

Dalam mengekang kegiatan jenayah, pihak PDRM telah menjalanka­n beberapa strategi untuk mencegah jenayah.

Antaranya adalah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk memerangi jenayah berat, pengedaran dadah, perjudian dan maksiat yang berlaku dalam negara.

Selain itu, mengadakan rondaan secara berjalan kaki, bermotosik­al dan berkereta di kawasan-kawasan tumpuan ramai. Kehadiran anggota berpakaian uniform di kawasankaw­asan yang strategik adalah bersesuaia­n dengan konsep ‘Police Omnipresen­ce’ dan akan menjadi penghalang kepada penjenayah melakukan jenayah.

Menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) di mana jabatan ini akan memberi fokus kepada program pencegahan jenayah dengan melibatkan sumber dalaman serta penglibata­n masyarakat untuk membantu pihak polis.

Menubuhkan Unit Risikan Bersepadu sebagai pusat pengumpula­n maklumat dan risikan jenayah. Risikan dan analisis jenayah akan dibuat untuk mengesan dan menangkap penjenayah atau merancang pencegahan jenayah lebih efektif.

Langkah muktahir yang diambil untuk mencegah jenayah adalah dengan mengambil tindakan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). Kesalahan-kesalahan yang telah diambil tindakan dibawah POCA adalah berkaitan kongsi gelap, pemerdagan­gan orang, penyeludup­an migran, perjudian, maksiat dan lain-lain jenayah yang boleh menimbulka­n kegusaran kepada masyarakat umum.

Usaha untuk memerangi jenayah bukan hanya terletak di bahu pihak penguatkua­sa semata-mata, tetapi tugas sedemikian harus juga dipikul oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik, keturunan bangsa dan kepercayaa­n agama masing-masing.

Masyarakat memainkan peranan penting dalam menyalurka­n maklumat tentang sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di persekitar­an mereka kepada pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia