Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan teras kecemerlan­gan dan kegemilang­an : Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Pendidikan dilihat sebagai teras kecemerlan­gan dan kegemilang­an sesebuah umat dalam usaha memartabat­kan sesebuah bangsa, justeru ia perlu diberi keutamaan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, cabaran pembinaan modal insan ini terletak sebahagian besarnya di bahu pendidik terutama di peringkat sekolah.

Beliau berkata sebagai gedung ilmu pengetahua­n yang mempunyai ramai tenaga pakar baik dalam apa bidang sekali pun, universiti awam mahupun swasta harus mengambil inisiatif memajukan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

“Golongan pelajar cemerlang ini diasuh minda dan pemikiran meraka untuk menjadi yang cemerlang di kalangan yang cemerlang seterusnya menjadi warga Malaysia yang dihormati suatu masa nanti.

“Adalah penting anak-anak di beri kepimpinan dan tunjuk ajar yang sewajarnya kerana ibu bapa harus menjadi model yang ulung kepada anak-anak mereka dan mengawasi supaya pengalaman positif yang dialami oleh anak-anak mereka akan menjadi pengalaman yang membina akhlak yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid SK Inderasaba­h di sini.

Nizam turut menyeru ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentuka­n peribadi generasi yang akan datang, pihak lain seperti para guru juga mempunyai tanggungja­wab yang penting dalam hal ini.

“Tugas mereka bukan sahaja setakat mendidik dan menyemai ilmu, tetapi lebih penting mereka perlu menjadi contoh dan teladan kepada murid-murid mereka.

“Guru-guru harus turut membantu membina nilai murni dan memupuk budaya yang cemerlang di hati muridmurid mereka,” katanya.

 ??  ?? NIZAM
merasmikan program Anugerah Kecemerlan­gan Murid SK Inderasaba­h baru-baru ini.
NIZAM merasmikan program Anugerah Kecemerlan­gan Murid SK Inderasaba­h baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia