Utusan Borneo (Sabah)

Jasa Abd Tahar terus dikenang warga SK Sg Bedaun

-

LABUAN: Satu Majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Sungai Bedaun, Abd Tahar Ibrahim telah diadakan Jumaat lalu.

Beliau yang dilahirkan di Wilayah Persekutua­n Labuan pada 4 Disember 1961, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Labuan pada 1979 dan seterusnya melanjutka­n pendidikan dalam sijil perguruan asas di Maktab Perguruan Kent, Sabah pada tahun 1980 sehingga 1981.

Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru di SK Sogo-Sogo, Sandakan, Sabah pada tahun 1983 sehingga 1988.

Seterusnya beliau berkhidmat di SK Sungai Lada Labuan pada 1988 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulu­m pada 2006, di sekolah yang sama.

Pada tahun 2010 beliau bertukar dari SK Sungai Lada ke SK Sungai Bedaun sebagai Penolong Kanan Kokurikulu­m.

Sepanjang perkhidmat­an beliau sebagai PK Kokum SK Sungai Bedaun banyak pencapaian yang telah diraih oleh murid-murid dan juga guru seterusnya menjadikan nama SK Sungai Bedaun Mekar Terbilang di seluruh Malaysia.

Antara pencapaian kokurikulu­m SK Sungai Bedaun di bawah pimpinan beliau adalah johan bola sepak bawah 12 tahun, johan bola baling, johan bola tampar dan tempat ketiga acara renang peringkat negeri.

Manakala pencapaian peringkat kebangsaan adalah mewakilil WP Labuan dalam sukan olahraga, bola tampar, kriket, perkhemaha­n unit beruniform dan banyak lagi.

Di sinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmat­an pada usia persaraan beliau.

Sikap keprihatin­annya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.

Seorang yang sentiasa ikhlas menjalanka­n tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu, tenaga dan sebagainya dalam mengabdika­n diri sebagai seorang pendidik.

Guru Besar SK Sg Bedaun, Dg Sarifah A Mahmod mengucapka­n terima kasih atas khidmat bakti dan sumbangan Abd Tahar kepada pembanguna­n SK Sg Bedaun khususnya dalam bidang kokurikulu­m.

“Guru dan murid serta ibu bapa merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada Abd Tahar atas komitmen beliau mendidik anak bangsa sehingga turut menjulang nama SK Sg Bedaun di persada pendidikan di peringkat Labuan dan kebangsaan ,” katanya.

 ??  ?? ABD Tahar menerima cendermata.
ABD Tahar menerima cendermata.
 ??  ?? ABD Tahar merakamkan kenangan bersama guru-guru dan murid sekolah SK Sg Bedaun.
ABD Tahar merakamkan kenangan bersama guru-guru dan murid sekolah SK Sg Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia